Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Isnin, 11 Februari 2013

siri mutiara kata kembali lagi~~

Assalamualaikum.. sahabat ana yg dirindui sekalian...

memandangkan terlalu ramai yg mengunjungi slot mutiara kata di blog ni.. dan ada yg bt permintaan...ini ana hadiahkan lagi koleksi2 mutiara kata utk pembaca sekalian..ambillah ia sebagai 1 ilmu utk dipraktikkan..













Ahad, 3 Februari 2013

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.



"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata. 

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.


Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur'an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

Subhanallah..Subhanallah

Rabu, 23 Januari 2013

Kucing Comel Yang Jarang Anda Lihat

Keluar je dari rumah, mesti ada satu bende yang tengah "tenang" (usha rapat) aku.. pergh siot, aku tak ganggu dia, tapi dia usha2 aku pehal kan? takper, nyaris dia tak comel je, kalau comel.. tak sampai hati aku nak jerkah2.. tapi yang pelik, time aku ngn member tengah makan, dia boleh buat manja lak, pandai, duduk tersimpul malu la konon, buat muka kelip2 mata, ngiaw2 cikit.. oooo.. time makan jela, tapi bagus lah, maybe dia usha sebab dia ingat aku la tuh.. ngeh2.. tapi, jangan ingat ngko ingaw2, aku dah remove mark aku.. hengat tuh. Cakap pasal kucin, ade beberape jenis kucing yang rasenye korang jarang nampak mereka, erk?!






1. Andean Montain Cat


The Andean Mountain Cat merupakan kucing yang sangat jarang ditemuio. Di perkirakan populasi kucing ini sekitar 2500 yang banyak di temui di daerah pergunungan Bolivia, Peru, Argentina, dan Chile. Kucing ini memiliki panjang hampir 2 meter.

2. Pallas Cat


Pallas The Cat (Otocolobus Manul) yang disebut juga “Manul”. Kucing ini terlihat sangat besar berbanding kucng biasa karana bulunya yang tebal. Wajah kucing ini juga nampak pelik dengan wajah bulat dan memiliki sedikit gigi, kucing ini banyak di temukan di daerah Eropa, kucing ini juga merupakan spesis kucing tertua di dunia yang telah berkembang sejak 12 tahun yang lalu. ** Seram jugak aku tengok beliau, huhuh!!

3. Margay Cat


Sebenarnya ini adalah kucing "rumah" tetapi ukuranya lebih kecil dari ukuran kucing biasa dan memiliki kaki yang cukup panjang , kucing ini jarang terlihat di siang hari sebab kucing ini lebih suka berburu di malam hari, kucing ini banyak di temukan di daerah Meksiko dan Brazil. ** Ceh aku ingat cheetah tadi.. tapi chomey lah kucin nih, confirm aku bela..

4. Fishing Cat


Kucing jenis ini boleh di temukan di daerah Asia dan Asia Tenggara dimana kucing ini lebih suka tingal di dekat air sebab ikan merupakan makannan pokok kucing ini, kucing ini terancam punah akibat lahan basah yang di keringkan untuk pemukiman manusia. ** Series macam memerang!! pergh.. tarkesima siot..

5. Serval Cat


Serval merupakan kucing afrika yang memiliki kaki yang panjang yang di yakini sebagai nenek moyang dari singa dan cheetah, kucing ini banyak terdapat di daerah padang savana di Afrika. ** Pergh! meme comey lah.. tapi memang aku nampak, kucin ni pelik cikit, macam cheetah pon ada.. mesti singa pon taku ngn dia, ngeeeee...

6. Caracal Cat


Kucing ini dapat hidup dengan baik di daerah gunung dan gurun dan memiliki kemapuan bertahan hidup yang tinggi dengan tidak minum dalam jangka waktu yang panjang, kucing ini boleh di temukan di daerah Asia dan Afrika dan bayak orang memelihara kucing ini sebagai hewan peliharan. ** Aku pon nak bela kalau kucin macam nih.. huhuhu..

7. African Golden Cat


Kucing ini tidak selalu berwarna emas terkadang bulu bulu kucing ini berwarna berfariasi mulai dari emas kemerahan menjadi abu-abu gelap dengan tanda khusus . Kucing ini dapat ditemukan di daerah hutan hujan katulistiwa di Afrika . Kucing ini juga di masukkan kedalam hewan yang akkan terancam punah dari bumi ini. ** Memang.. huh.. subhanallah.. ade jugak kucing jenis neh? pergh..

Amaca? mereke yang minat kucin, mesti takkan lepaskan peluang untuk pelihara mereka tuh, tapi korang kene la pegi kat sane, pastu curik satu bawak balik Mesia, buat duit woo.. (jahat betol aku). Hahaha..aku suke jugak kucing ape, tapi kucin yang otai tu.. lain pulak la kesukaan dia.. =)


Sumber : http://littlenewslittle.blogspot/duadz.com

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com