Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts
Memaparkan catatan dengan label Resepi Emak_Dialek Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Emak_Dialek Kelantan. Papar semua catatan

Ahad, 21 Oktober 2012

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Salam sahabat bloggers semua..^_^

ni ana ada cikit nak berkongsi~~~ resepi gulai tempoyak ikan patin..

huhu tapi ana pakai ikan "tale" kalau kot klntan.. bahasa bukunya ana xtau..haha ikan parang kot~~ yg panjang2 tu... kebas mak punya~~~huhu k2.. jum masak.. this is simplest recepi... kejap je ana buat ni.. xsampai 20 minit dah bleh hidang~~~resepi ni ana ambik kat blog Juwita Fariz. mmg sedap la~~


Bahan-bahan

3 / 4 potong ikan patin segar.
3 biji cili merah ditumbuk
2 biji cili padi - jika ingin pedas
1 sudu kecil serbuk kunyit + ana tmbah kunyit hidup 1 cm
3 sudu besar tempoyak --> hidangan 6 orang ..ana buh 5 ke 6 sudu..biar pekat sikit.
sebatang serai--> ana buh 2 batang (baru umpphh)
Timun - dipotong memanjang.
sedikit garam
sedikit gula
air secukupnya


Cara-cara
  1. Tumbuk cili merah dan cili padi hinngga lumat.
  2. Masukkan kedalam periuk bersama-sama tempoyak, kunyit, serai dan air untuk kuahnya.
  3. Masak sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ikan dan timun. masak hingga mengelegak dan nampak timun dah layu serta ikan dah masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Jika mengunakan tempoyak yang baru agak tidak sesuai untuk diletak gula selalunya kena masukkan sedikit tempoyak yang lama atau sekeping asam keping.
  6. siap utk dihidang.

Sabtu, 13 Oktober 2012

:: Sambal Pauh ::

Assalamualaikum Sahabat ana yg tersayang~~~

haa... lama xupdate blog nih.. coryy ek..
ok2.. ai ni ana nak shared the simplest recepi~~~
tapi rasa dy memang terbaik lah~~ haha..
oh ye... sapa xkenal pauh tu apa?? confir la ramai xkenal...
haa awak .. Lieya Humaira~~ orang sabah mesty xtau kan Pauh tu apa?? huuhu..
Pauh tu maksud dy.. Mempelam/mangga

ok jum...masak2.. {masak ler sgt kan =_='}

1. mangga muda yang di grated.. atau boleh je cincang2...(dalam 4 biji)
2. cili padi .. dalam 5 atau 6 tangkai.. mana yang suka pedas tu bleh letak lebih~
3. ikan masin/ikan kering... (yg dah digoreng ekk) ..dalam 4 ekor saiz kecil.. sesetengah orang suka pakai ikan rebus.. tp the best taste is pkai ikan kering la eh...

so here we go~~~

#tumbuk cili padi tadi bersama isi ikan kering tadi sampai lumat.. then add grated young mango.. dah siap! haha simple sesimplenya kan3???? bleh tmbh garam kalau suka..tapi ikan kering kan dah masin..so xpayah la~~ nnt kena darah tinggi....(^_^)v

ni la rupenye sambal pauh tadi~~~

Jumaat, 24 Ogos 2012

:: Resepi Popia Goreng Bersama Nestum ::

Assalamualaikum... hai3 semua blogger sekalian...

haa..entri kali ini ana nak kongsikan resepi popia goreng dengan nestum.. jum ikuti...


1. gulung popia menjadi stick.
 2. sapu putih telur =act as glue.

 3. gunting serong.. lebih kurang 1inci
 4. panaskan minyak
5. goreng kulit popia yg dah digunting tadi.. sehingga kekuningan.
 6. sementara itu, kisar nestum (jangan terlampau halus.. )
7. kisar gula.
8. gaulkan nestum dan gula bersama dengan kulit popia yang sudah digoreng tadi..











haa... dah siap.. sedia dihidang... thanks pada "mekna" actually ana xtau nama sbnr dia.. tahu makan je..hehe..

Khamis, 10 November 2011

:: Ikan Masak Pedas Plus Sayur Kacang Buncis ::

Assalamualaikum Budak2....^_^ 

Mak aih panjangnye nama.. Urm tadi kan bangun tidur ingat nak makan.. tengok2 xde lauk la pulak~~ hish.. 
lepas tu pikir3... nak masak apa ye??? bantai lah!! Sob3..tapi geram! Xnak menjadi pulak dah.. Ish.. Sakit jiwa.. tap xpe..ni ana nak bagi resepi yang jadi punya.. jangan risau eh.. Jum2..masuk dapur... 



Bahan-Bahan :
# 4 ekor ikan (xkisah ikan apa_Digoreng terlebih dahulu)
# 2 ulas bawang besar ( Potong 4)
# Kacang buncis
# 5-6 tangkai cili padi
(Bahan Tumis)
# 10 tangkai cili kering*
# 1 ulas bawang besar*
# 3 ulas bawang merah*
# 2 ulas bawang putih*
* dikisar
# 3 sudu besar sos tomato
# 4 sudu besar sos cili
# 2 sudu besar sos tiram
# Sedikit air asam jawa
# 3/4 cawan air
# 3 sudu besar gula
# garam secukup rasa

Cara-Cara :
Tumis kan dahulu bahan yang dikisar sehingga naik minyak. Kemudian masuk kan sos cili, tomato, tiram, gula ,garam dan  air asam jawa..masak beberapa minit kemudian masukkan air (biasanya air ni ana masukkan dalam blender yang masih ada saki baki bahan kisar tadi..kemudian air tu baru ana masukkan dalam kuali tadi). Seterusnya masukkan kacang buncis,bawang dan cili padi.. masak 5 minit kemudian.. siap! Kuah yang dah siap ni  curahkan diatas ikan yang dah digoreng tadi. Okeh..boleh hidang panas2.. nyum3.

:: Tomyam Ayam ::

Salam... hihi ada lagi....
okeh..! yang ni bukan resepi emak ok.. ni ana usaha sendiri .. ni fabroute ana tau. Macam mana boleh suka? ada kisahnya.. Raya Puasa tahun 2009 ana buat rumah terbuka untuk kawan2 sekelas (masa 2 form5) ajak la semua mai makan ..ayam berempah dengan tomyam ayam.. memang terangkat kan dengar??? hmm ye la tu.. tapi tidak dihati sorang budak nih..! siapa? Hmm n_n.. kalau korang baca entri2 yang lepas 2.. korang tahu la siapa. Kebetulan dia ada sekali hari tu..pelawa la sama.. lepas makan ingat nak puji ke apa..at least berterima kasih ke..  ni selamba je dia komplen masakan ana tuh..! dia cakap kurang tu la kurang ni lah..tawar la apa la.. ishhh ni dah lebih ni.. malu la kite nih. Lepas tu rasa tercabar je dengan teguran budak nih.. asal nak masak je ana cakap kat umi biar orang masak! Dan bermula la episod masak memasak sehingga sekarang.. ye la..asal masak je kutuk.. bukan nak berterima kasih pon.. ni xkahwin lagi..kalau dah kahwin karang..makan hati je hari2... selama 2 tahun.. ni lah hasil tomyam yang telah diupgrade. tapi yang ni pon rasa macam xberapa terangkat lagi.. sebenarnya rahsia tomyam ada dekat bahan tumis dia. pandai buat sedap..xpndai..xsedap macam tu la...Wah? panjangnye..eh dah2 jum masuk dapur.........

Bahan-Bahan:
# Ayam (ikut suka la..xreti la nak agak..family ana xsuka makan lauk yang dimasak macam ni.. lebih suka goreng..jadi xtruk banyak sangat)
#serai 4-5 btang (kalau besar 3-4 je lah)
#halia (banyak la cikit..2inci ke..)
#bawang putih (lagi banyak! selabu(ntah la orang kl pggl ap) pun xpe(kalau besar stengah sudah la)../baik utk buang angin(ana kan gastrik??)
#bawang merah 3 ulas (cukup syarat)
#daun limau purut 5-6 helai(kalau besar 4 pon boleh)
#bawang besar (xkisah berapa. macam ana suka makan bawang so 2 ulas okeh!)
#cili padi 10 tangkai (PENTING!!xde cili padi bukan tomyam tu. )
#carrot
#dan..ikut lah anda nak letak sayur apa..janji boleh makan.
#Perencah tomyam (Maggi@Knoss@Siam punya pun boleh)
#Garam secukup rasa

Cara-Cara:
Ha.. Ni resepi ana ye..jangan nak komplen. siapa nak follow..ambik2..xmarah pun.
First, panaskan periuk.. letak minyak sikit.. kita goreng dulu raw food tadi..ayam yang digaul dengan halia+bawang putih+blackpepper. hingga kekuningan.. kemudian masuk bawang merah tadi..haa lupa dah tu..bawang merah xmasuk lagi tadi kan.. Lepas tu.. masuk air agak2 la untuk 6-7 orang. Masuk kan perencah.. urm 4-5 kiub.. terpulang..nak lagi umm letak banyak.. baru pekat..baru sedap..baru terangkat...!
Seterusnya..masukkan serai yang dititik, daun limau purut, cili padi juga dititik(jangan hiris pulak..karang tergigit baru padan muka), .. dan garam..ha yang ni jangan letak gula pulak.. tahu la orang kelantan..nak letak pun kena tengok masakan pulak yee(nak letak pun xsalah.. kalau xjadi padan muka..tapi ana letak je.. rasa xlengkap pulak. alah sikit je.. hujung sudu je) okeh! Lepas tu.. tunggu la sampai mendidih.. Last sekali baru masukan sayur(bawang.carrot semua tuh).. tunggu 3-4 minit tutup api. Dah! Kalau agak tawar ke apa.. pandai2 la seimbangkan.. apa yang kurang ..tambah..yang terlebih tu.nak buat macam mana redha je..

***SeLaMat MeNCuBa***
Cik Lieya tuu..try la..xkan baca je kan???

Rabu, 9 November 2011

:: Ikan Aya/Tongkol Singgang ::

Assalamualaikum...??? Hehe... sibuk je ana ni kan.. tiap2 hari ada..   kesian cik Lieya.. asal bukak blog je ada je kuar link blog ana nih...^_^

Eh Jum2...masuk dapur.. bersembang xabis2.. oh ye.. teringat pulak. bulan puasa hari tu kawan ana suruh ana buat staff meal utk satu kelas + lecturer sekali larh.. urmm..pikir punya pikir...nak buat apa ye?? ha.. buat singgang je lah.. masa tu sotong banyak.. jadi buat singgang je.. lepas tu..
"Eh..apa ni?" tanya kawan ana..
"la xtahu ke?ni la namanya sotong singgang.."
"ish..xpernah tengok pun.."
" ish,..budak nih..meh sini nak ajar.."




Ok yang ni ana nak cerita pasal singgang ikan bukan sotong ye..xpayah la sotong..ana xboleh makan.(resdung) meh ana tunjuk ikan ye..

Bahan-Bahan:
#1ekor ikan aya/tongkol
#bawang merah (mayang)
#bawang putih (mayang)
#halia (mayang)
#gula melaka
#asam keping 2 kpig
#air (xde air macam mana nak rebus kan??haha pelik2..)
#cili kering @ cili padi..ikut lah..
#Garam secukup rasa

Cara-Cara
Ya Allah senang nye la hai.. capur semua.. rebus.. dah2.. xpayah pening2.. tinggal je kat atas api tu sampai mendidih.. senang kan??? silap haribulan jadi lidi husband ana kalau hari2 makan ni... haha...

:: Gulai Kunyit Ikan ::

Salam Semua..

OKeh..!! Jum ikut ana masuk dapur nak?? kite tengok lauk apa ye hari ni......
apa xpandai masak?? xpe jangan risau..dapur ana xde yang complicated punya.. sume simple and easyy..!! jum....






Bahan-Bahan :
#2ekor ekor ikan (terpulang la ikan apa tp yang selalu ana guna aya dan kembung)
#santan (1 biji kelapa saiz besar cukup untuk 6-7 orang)
#asam keping
#garam
#1 batang timun
#beberapa tangkai cili padi (hijau)
bahan kisar;
*cili kering (5-6tangkai)
*bawang merah 3 ulas
*bawang putih 2 uas
*lengkuas 1 inci
*kunyit 1 inci

Cara-Cara:
Very senang lah.. masukkan je bahan kisar tadi dalam periuk yang sudah berisi santan. lepas tu panaskan sampai mendidih... (api besar ye..) tapi ingat..!!! jangan xkacau pulak... nanti xpasal2 makan gulai yang curdle.. lepas tu agak2 nak mendidih tu masukkan ikan yang dah dipotong dua.. kemudian masukkan garam, asam keping (kalau xnak masam, masukkan dalam 5minit lepas tu keluarkan balik) , cili, gula sedikit (xperlu banyak..masuk gula ni bertujuan mengimbangi rasa kuah. agak2 dalam 1/3 sudu besar.hujung sudu je orang kata)..dan last sekali... jeng..jeng..kenapa ada timun...? sebab orang kelantan very pelik..obses dengan sayur..sampai dalam gulai lemak pun taruk sayur.. tapi sedap.. timun 2 ikut suka nak potong macam mana..ada setengah orang dia belah dua je kalau yang kecik. lepas dah masuk benda ni sume.. perlahan kan api..biarkan 5-6minit.. agak2 timun dah empuk boleh tutup (ni rahsia orang tua2.. kalau leta timun 2 senang sikit nak tahu bila masa nak kena tutup api..kan?)

okeh dah siap... nak lagi?

ada...lagi tips .. kalau guna ikan aya sebaiknya disinggang(direbus bersama garam dan asam keping)..
cara? sama je..cuma pekatkan santan sebab nanti masa kita masukan ikan tu kita akan masukkan sekali air rebusannya.. kalau taruk garam banyak.. dalam kuah nanti xperlu taruk garam dah.. rasanya..urmmmmm sangat sedap..!! boleh cuba

*****SeLaMaT MeNCuBA*****

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com