Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Khamis, 10 November 2011

:: Ikan Masak Pedas Plus Sayur Kacang Buncis ::

Assalamualaikum Budak2....^_^ 

Mak aih panjangnye nama.. Urm tadi kan bangun tidur ingat nak makan.. tengok2 xde lauk la pulak~~ hish.. 
lepas tu pikir3... nak masak apa ye??? bantai lah!! Sob3..tapi geram! Xnak menjadi pulak dah.. Ish.. Sakit jiwa.. tap xpe..ni ana nak bagi resepi yang jadi punya.. jangan risau eh.. Jum2..masuk dapur... 



Bahan-Bahan :
# 4 ekor ikan (xkisah ikan apa_Digoreng terlebih dahulu)
# 2 ulas bawang besar ( Potong 4)
# Kacang buncis
# 5-6 tangkai cili padi
(Bahan Tumis)
# 10 tangkai cili kering*
# 1 ulas bawang besar*
# 3 ulas bawang merah*
# 2 ulas bawang putih*
* dikisar
# 3 sudu besar sos tomato
# 4 sudu besar sos cili
# 2 sudu besar sos tiram
# Sedikit air asam jawa
# 3/4 cawan air
# 3 sudu besar gula
# garam secukup rasa

Cara-Cara :
Tumis kan dahulu bahan yang dikisar sehingga naik minyak. Kemudian masuk kan sos cili, tomato, tiram, gula ,garam dan  air asam jawa..masak beberapa minit kemudian masukkan air (biasanya air ni ana masukkan dalam blender yang masih ada saki baki bahan kisar tadi..kemudian air tu baru ana masukkan dalam kuali tadi). Seterusnya masukkan kacang buncis,bawang dan cili padi.. masak 5 minit kemudian.. siap! Kuah yang dah siap ni  curahkan diatas ikan yang dah digoreng tadi. Okeh..boleh hidang panas2.. nyum3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com