Happy je nampak ana malam ni kan? hehe.. biasa lah nak jadi saleswomen mesti kena senyum sokmo..!n_n Straight to the point lah..
Bismillahirohmanirrahimm... Malam ni sebenarnya ana nak promote sikit lah.. tentang produk KPW ni.. nak tahu KPW tu apa? ok, biar ana cerita serba ringkas.. KPW adalah singkatan daripada "Kumpulan Pengusaha Wanita" atau lebih sinonim lagi..Pengusaha2 Industri Kecil... pasti anda semua familiar kan dengan produk2 mereka? di kaca televisyen pun hampir setiap minggu diulang tanyang.. nama KPW diberi kerana 99% pengusaha2 industri kecil ini adalah wanita.. dan umi ana adalah salah seorang dari pengusaha KPW yang telah menceburi bidang ini sejak 13 TAHUN yang lepas. Tujuan ana promote ni sebenarnya nak cari pasaran yang lebih luas lagi lah orang kata, ye lah2 alang-alang kemudahan sudah ada.. tidak salah kalau dimanfaatkan.
PRODUK ;
Berbalik pada topik kita tadi, disini ana selitkan serba ringkas info tentang produk yang umi ana usahakan. Antara produk utama kami ialah Kerepek Bawang, Kerepek Ikan Bilis, Buah Rotan, Kuih Tiram & Gegetas@Akar Kayu. Jika tiba musim perayaan kami juga turut membekalkan produk lain seperti Karipap, Popia, Kuih Ros, Maruku dan beberapa produk lain bergantung pada stok.
PACKAGING ;
Packaging pula bergantung pada permintaan. Kalau hari-hari biasa, kebanyakan setiap paket 100g. Musim perayaan pula kami pelbagaikan.. antara 100g - 1kg. Ianya juga bergantung kepada permintaan.
PASARAN ;
Pasaran kami setakat ini, rata-rata di kawasan Pantai timur. Pasaran tetap di Kelantan. Tapi alhamdulillah ada juga pemborong2 dari Kuala Lumpur, Kedah, Johor Bharu dan sebagainya.. Jika terdapat karnival2 anjuran MARDI, PERTANIAN @ KADA insya'Allah kami para pengusaha KPW juga akan turun sama.
HARGA ;
Harga pula bergantung pada jenis produk dan saiz paket. Contoh boleh dilihat dibawah.
NAMA PRODUK : KEREPEK BAWANG (PERISA ASLI)
SAIZ PAKET & HARGA : 100G= RM 1.50 , 500G= RM7.00
NAMA PRODUK : BUAH ROTAN
HARGA : RM8.50 / 500G
KEREPEK BAWANG (SAMA SPT DIATAS)
NAMA PRODUK : GEGATAS
SAIZ PAKET & HARGA : 100G = RM1.50 , 500G= RM7.00
NAMA PRODUK : KEREPEK BAWANG (PERISA KARI)
SAIZ PAKET & HARGA : SAMA SEPERTI K.BWG ASLI.
NAMA PRODUK : KEREPEK IKAN BILIS
SAIZ PAKET & HARGA : SAMA SEPERTI KEREPEK BAWANG.
NAMA PRODUK: KUIH TIRAM
SAIZ PAKET : 8 x 12
HARGA : RM3.50
LABEL ;
Yang ni contoh label untuk Kerepek Bawang, iaitu produk utama kami. Sebenarnya banyak lagi label2 lain (bergantung pada pemasaran) kalau harian lain, promosi lain, pasaran luar lain.. contohnya nanti akan ana uploadkan kemudian. Yang PENTING apabila membuat pembelian tengok NAMA & ALAMAT.
ALAMAT & NO. TELEFON ;
Bagi yang mana ingin membuat pembelian terus dari kilang, boleh lah ke alamat ini ;
NO 10, KG ATAS PINGGIR 17030, PASIR MAS
KELANTAN. (BERHADAPAN DENGAN PENGUSAHA KPW BIMBINGAN KADA)
Dan bagi sesiapa yang ingin membuat pembelian, tempahan @ sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi ;
013-9164188 (ROHANI BT KADIR)
014-5143164 (WANI)
SEDIKIT CERITA TENTANG KEREPEK BAWANG;
Hurrm.. sebut pasal Kerepek Bawang ni.. sebenarnya produk ni adalah produk keturunan lagi.. ana tak ingat siapa yang mengasaskannya, cuma ana ingat dari nenek kemudian diturunkan kepada umi ana.. sebab tu lah Kerepek Bawang ni dijadikan produk utama kami. Cara membuatnya? haa.. bukan calang-calang orang yang boleh buat.. ramai yang tanya kerepek bawang ni buat pakai acuan ke? sebabnya spt yang anda dapat lihat ianya berbentuk kon. Kami tidak mengggunakan sebarang acuan. Hanya mengaplikasikan sedikit teori dan praktik. Dan untuk pengatahuan semua.. proses menghiris @ memotong doh menjadi kepingan2 yg berbentuk kon tadi..dibuat secara MANUAL..tidak menggunakan sebarang alatan seperti mesin yang digunakan oleh kebanyakan kilang. Kami pernah mencuba menggunakan mesin tapi hasilnya tidak memuaskan kerana k.bawang tidak membentuk seperti biasa dan juga tahap kelajuannya yang lebih perlahan jika nak dibandingkan dengan manual. Oh ye, proses memotong adalah proses yang paling mencabar kerana pisau yang digunakan tersangatlah tajam.. permulaan ana mencuba, memang serik. Sebab apabila pulang saja ke rumah, baru terperasan sebahagian isi kulit jari sudah terpotong. Gerun bukan?
P/S :
KAMI ADALAH PEMBEKAL, BUKAN PEMBORONG, ATAU ORANG TENGAH.. SEBARANG PEMBELIAN ATAU HARGA MASIH BOLEH DIRUNDING..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan