Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Ahad, 23 Oktober 2011

:: Antara Qursi & Seribu Dinar ::


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Malam ni ana nak berkongsi dengan anda semua tentang khafiat disebalik Ayat Qursi & Ayat Seribu Dinar.. ana percaya anda semua pasti tahu kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkan ayat ni kan?

Pertama sekali ana nak panjatkan kesyukuran pada Yang Esa.. kerana memberi peluang buat ana membesar dalam keluarga yang sederhana.. tidak miskin dan tidak terlalu mewah.. dan juga kerana dikurniakan kedua ibu bapa yang dapat mendidik kami adik beradik sekurang-kurangnya kami kenal apa itu Islam..

Sejak ana berumur 14 tahun.. umi selalu je nasihat ana.. bangun pagi buat solat dhuha.. lepas solat lima waktu amal itu la amal ini la.. tapi kadang-kadang tidak terikut jugak. cuma satu je yang ana tidak tinggal.. iaitu ayat Qursi dan juga seribu dinar.. bukan sebab umi suruh.. tapi sebab ana terbaca tentang khafiatnya... Antaranya..;



Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya masuk Syurga melainkan dia mati.”
Takhrij hadis :
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dalam al-Kubra, Ibn Hibban, al-Rawayaani, al-Daruquthni dalam al-Afrad, al-Dhiya’ dan al-Tabarani dalam al-Awsath oleh Sahabat Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu. Al-Haithami berkata : ‘Al-Tabarani meriwayatkan hadis ini dalam al-Kabir dan al-Awsath dengan perlbagai jalan, salah satu daripadanya adalah sanad yang baik.’
Penjelasan hadis :
Hadis ini menunjukkan kelebihan membaca ayat al-Kursi selepas solat. Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat maka tidak ada apa yang dapat menghalangnya daripada masuk Syurga kecuali mati iaitu tidak ada syarat lain untuk dia masuk Syurga melainkan dia perlu menghadapi kematian. Perkara yang ada di antara seseorang itu dengan Syurga hanyalah maut,seolah-olah maut itu berkata ; ‘Kamu kena melepasi aku dahulu sebelum masuk Syurga.’ (Lihat : al-Taysir Bisyarh al-Jami’ al-Saghir, 2/844)
Dan Khafiat Seribu Dinar pula ialah..;

Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Suka ana nak kongsikan disini, tentang pengalaman ana la.. dulu ana tak pernah miss baca ayat ni selepas tahu tentang kelebihannya.. ada satu ketika ana rasa tersepit sangat kerana masa tu ana memang sangat-sangat memerlukan wang.. tapi tak tahu nak buat apa.. nak kerja? mana boleh masih bersekolah..mana nak tengok buku lagi nak kerja lagi.. nak mintak dekat keluarga? ish tak sampai hati pula.. lepas tu ana duduk termenung.. fikir punya fikir.. tak pe lah dah tak ade rezeki.. lepas tu ana terpandang ayat seribu dinar ni dekat dinding tempat solat. ana ambik dan baca.. setiap selesai solat waktu ana tadahkan tangan dan baca ayat ni.. ana tak mintak untuk dapat duit..cuma ana mohon agar terbebas dari kesempitan ini.. Subhanallah..tidak sampai 3hari pun.. alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi menghulur bantuan..  perkara ni tidak berlaku hanya sekali.. tapi sudah beberapa kali... setiap kali ana ditimpa masalah terutama kewangan .. pasti sejurus selepas membaca ayat ini ana diberi pertolongan oleh Allah Yang Maha Pemurah. Cuma satu ajelah.. seperti yang ana pesan dalam entri2 sebelum ni..apapun yang ita lakukan cuba ikhlaskan hati..jangan hanya semata2 kerana ingin mendapat habuan.. Amal tanpa keikhlasan.. tidak menjanjikan apa2 habuan.. setakat ini sajalah coretan ana untuk kali ini.. jika diberi kelapangan insya'Allah berjumpa lagi di lain entri...=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com