Malam ini tidak ada apa-apa yang menarik untuk dikongsikan.. cuma ingin berkongsi luahan rasa dari sudut hati yang dalam...
Ana ada seorang kawan.. siapa dan dimana.. biarlah menjadi rahsia.. dia bukanlah jenis pelembut.. perangai dia sama saja seperti kebiasaan orang.. tapi hati dan sikap dia.. lain dari yang lain.. ana kagum.. sejak mula berkawan dengannya.. banyak benda yang diajarkan pada ana.. sejak mengenalinya.. ana rasa kerdil sangat.. ye lah.. dia berilmu.. ana bukan siapa2. tapi ana senang punya kawan sepertinya. dari tutur kata sehinggalah pemakaian..juga turut berubah. Begitulah kata orang tua2.. berkawan dengan orang baik maka tempiasnya juga dapat kita rasa.. kini.. memori itu tinggal kenangan.. dia dengan dunianya.. ana dengan dunia ana.. dia sudah pun menemui pelengkap hidupnya manakala ana masih tercari2..biarlah.. mungkin hadirmu hanya seketika namun erti persahabatan itu akan ku semat sampai bila2... ='(
Ana ada seorang adik angkat.. biar ana namakan dia sebagai Ina. Ina.. seorang adik yang punya keletah yang sering membuat ana selalu tersenyum.. bila ana sedih dia lah yang memujuk.. bila ana menangis dia lah yang datang menghulur jari untuk mengesat titisan air mata ini.. bila ana senang..katanya.."ina suka bila tengok akak gembira".. Ina..seorang adik yang punya sikap seperti temanku tadi.. dialah yang selalu menjadi pendorong,penguat semangat dikala diri terasa lemah dengan ujian dunia.. dia tidak pernah mengeluh.. katanya..dia sangat sayang pada ana.. makanya tutur katanya selalu dijaga bila mahu menegur ana..katanya tidak mahu ana terguris dengan tegurannya.. terima kasih dik..='( Dik..akak rindu..rindu sangat pada perhubungan kita yang lalu.. akak tahu adik sakit.. sakit yang sememangnya sakit.. dan sakit dengan tomahan serta prasangka orang pada adik.. akak xsalahkan adik kalau adik pergi tinggalkan akak.. akak xsalahkan adik kalau orang melarang adik untuk menjauhi akak.. tapi akak nak adik tahu yang akak sayang sangat pada adik.. Ina adik akak satu2nya.. (ye..kita tidak pernah bersua muka..hanya bertemu dialam siber.. tapi seperti kata adik..kita akan tetap bertemu disana nanti..) Salam sayang buat adik akak.. Arina... ='(
Ana ada lagi kawan.. kawan semasa menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam dulu... nama? ana panggil dia Lin... dia bukan seperti kawan2 ana yang lain yang ana ceritakan tadi.. dia orang biasa, kelulusan biasa, dari keluarga biasa dan semua tentangnya sederhana.. ana senang berkawan dengannya.. walaupun hakikatnya sering berlaku perselisihan faham antara kami..namun bagi ana... sekali ana berkawan selamanya tetap akan kawan.. itu prinsip yang ana pegang dan xkan ana ubah sampai bila2.. dia yang ingin ana ceritakan sdikit sosial.. sebab tu ana sering saja mempamirkan rasa tidak puas hati lantas mencetuskan "perang dingin" antara kami.. tapi ana tidak bencikan dia..ana sayang semua kawan2 ana.. Allah itu Maha Besar.. Sekejap tadi ana dapat tahu yang dia sudah pun berkahwin.. sekarang hanya menunggu masa menanti kelahiran si anak kecil beberapa bulan saja lagi.. Masya'Allah..sungguh indah percaturan Allah itu.. dia telah pun selamat dari dosa maksiat. Semoga berbahgia bersama suami tersayang.. =')
Lagi tentang kawan.. masa zaman sekolah ana ada 4 orang kawan.. mereka ialah.. Mahani, Hajar, Akma & Mira..paling setia yang pernah ana jumpa.. salah sorangnya dari sekolah rendah lagi.. dan sorang lagi merupakan saudara ana sendiri.. apa yang menarik tentang mereka? Mereka setia..!! saat ana jatuh sakit sewaktu ketika dahulu.. mereka berempat ni lah.yang korbankan masa melawat, menemani ana ke hospital saban minggu.. ana pernah cakap.. "kamu semua xletih ke asyik teman saya ulang alik ke hospital..dan jadi tempat saya mengadu rasa saban hari? " kata mereka.. " hari ini kita senang..tapi esok lusa kita tak tahu.. kawan yang bersama saat suka memang ramai..tapi bila kita berduka..kemana mereka? apa guna kawan kalau tidak boleh tolong menolong.." itu kata mereka.. =') ana bangga punya kawan seperti mereka.. suatu hari semasa dihospital..tiba2 ana rasa sesak.. sukar bernafas.. muka ana pucat.. lantas ana diiring kawan ana ke bilik kecemasan.. didalam, kawan ana tidak henti2 menangis.. takut barangkali melihat ana waktu itu.. sedangkan ana masih mampu tersenyum.. itu kali pertama. Kali kedua ana ditemani kawan ana yang lagi sorang..juga ke hospital.. 2jam menunggu nama dipanggil..tapi tidak juga kedengaran.. ana sudah mulai lemah..mata pula hampir terpejam..untuk melangkah tidak mampu.. sakit didada tidak tertanggung.. lantas ana dipimpin oleh kawan ana tadi ke bilik kecemasan.. ana dibaringkan dikatil.. satu suntikan diberi.. air dimasukkan ke tubuh..selepas itu ana sudah tidak sedar apa yang terjadi.. sedar2.. ana meraung kesakitan..rasanya seperti dada dicarik2..! pedih dan ngilu.. nak bersuara tidak mampu.. doktor pula entah kemana.. agar lama kesakitan itu menyerang..sehinggalah ana tertidur keletihan..kesian ana lihat teman ana itu.. riak wajahnya cemas, sedih..seperti mahu menangis.. maaf, ana tidak ada niat mahu susahkan hati kamu semua... detik ini, kamu semua sudah ada hidup masing2..mahu mengejar cita2 masing2.. ana harap perhubungan kita sewaktu ketika dahulu tidak terputus oleh kejaran masa.. terima kasih kerana sudah menjadi sahabat ana yang terbaik..=')
Dan akhir sekali.. ana punya seseorang yang ana sayang.. namanya? biarlah ia menjadi rahsia hati ana..tapi dia saudara ana.. kenapa ana sayang dia? sebab Allah turunan pertolonganNya pada ana melalui insan ini.. sepanjang perkenalan kami.. sepertimana teman2 yanga ana ceritakan tadi..begitu jugalah dia.. dia banyak meluangkan masa mendengar keluh kesah ana..masalah ana..kesakitan ana.. tidak itu saja..setelah lama berhubung...dia mengakui tujuan sebenar dia berteman dengan ana semata2 mahu merubah sikap ana.. dia taknak tengok orang yang dia sayang hidup dalam kesempitan.. kesempitan disini bukan maksud miskin..tapi kesempitan dari segi pemikiran dan keyakinan ana pada Sang Pencipta.. Indah nya pertemuan ini.. dan indah juga percaturan Tuhan itu..tapi bahagia tidak selamanya.. Oleh kerana fitnah dan tomahan orang-orang kampung terhadap keluarganya membuatkan umi melarang keras ana berhubung dengannya.. kasihan ana pada nasib keluarganya.. tidak pasal2 ibu bapanya membawa diri tempat lain.. tinggal dia dengan abangnya yang masih bertahan dirumah itu.. itupun umi masih lagi dengan keputusannya.. Ya Allah kalau lah umi tahu yang dia pernah korabankan nyawanya semata2 mahu menyelamatkan aku... pasti umi berubah fikiran... tapi tak apalah.. kebohongan itu xkan selamanya beraja kerana sudah menjadi fitrah..tiap keberan itu akan muncul juga lambat atau cepat.. sekarang, ana cuma mohon.. agar Allah tunjukkan kebenarannya agar tidak ada lagi yang teraniaya.. ='(
Akhir sekali.. sebelum mengundur diri ana mohon maaf kiranya membuang masa kalian semua untuk membaca post ini..
cdy ny0r tq wani lap u hahahahah
BalasPadamlucunye..ad jugak yang komen pakai email sndiri.. (yg kt atas 2 sbenarnya kawan ana ek jgn slh fhm)
BalasPadam