Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Khamis, 10 November 2011

:: Tomyam Ayam ::

Salam... hihi ada lagi....
okeh..! yang ni bukan resepi emak ok.. ni ana usaha sendiri .. ni fabroute ana tau. Macam mana boleh suka? ada kisahnya.. Raya Puasa tahun 2009 ana buat rumah terbuka untuk kawan2 sekelas (masa 2 form5) ajak la semua mai makan ..ayam berempah dengan tomyam ayam.. memang terangkat kan dengar??? hmm ye la tu.. tapi tidak dihati sorang budak nih..! siapa? Hmm n_n.. kalau korang baca entri2 yang lepas 2.. korang tahu la siapa. Kebetulan dia ada sekali hari tu..pelawa la sama.. lepas makan ingat nak puji ke apa..at least berterima kasih ke..  ni selamba je dia komplen masakan ana tuh..! dia cakap kurang tu la kurang ni lah..tawar la apa la.. ishhh ni dah lebih ni.. malu la kite nih. Lepas tu rasa tercabar je dengan teguran budak nih.. asal nak masak je ana cakap kat umi biar orang masak! Dan bermula la episod masak memasak sehingga sekarang.. ye la..asal masak je kutuk.. bukan nak berterima kasih pon.. ni xkahwin lagi..kalau dah kahwin karang..makan hati je hari2... selama 2 tahun.. ni lah hasil tomyam yang telah diupgrade. tapi yang ni pon rasa macam xberapa terangkat lagi.. sebenarnya rahsia tomyam ada dekat bahan tumis dia. pandai buat sedap..xpndai..xsedap macam tu la...Wah? panjangnye..eh dah2 jum masuk dapur.........

Bahan-Bahan:
# Ayam (ikut suka la..xreti la nak agak..family ana xsuka makan lauk yang dimasak macam ni.. lebih suka goreng..jadi xtruk banyak sangat)
#serai 4-5 btang (kalau besar 3-4 je lah)
#halia (banyak la cikit..2inci ke..)
#bawang putih (lagi banyak! selabu(ntah la orang kl pggl ap) pun xpe(kalau besar stengah sudah la)../baik utk buang angin(ana kan gastrik??)
#bawang merah 3 ulas (cukup syarat)
#daun limau purut 5-6 helai(kalau besar 4 pon boleh)
#bawang besar (xkisah berapa. macam ana suka makan bawang so 2 ulas okeh!)
#cili padi 10 tangkai (PENTING!!xde cili padi bukan tomyam tu. )
#carrot
#dan..ikut lah anda nak letak sayur apa..janji boleh makan.
#Perencah tomyam (Maggi@Knoss@Siam punya pun boleh)
#Garam secukup rasa

Cara-Cara:
Ha.. Ni resepi ana ye..jangan nak komplen. siapa nak follow..ambik2..xmarah pun.
First, panaskan periuk.. letak minyak sikit.. kita goreng dulu raw food tadi..ayam yang digaul dengan halia+bawang putih+blackpepper. hingga kekuningan.. kemudian masuk bawang merah tadi..haa lupa dah tu..bawang merah xmasuk lagi tadi kan.. Lepas tu.. masuk air agak2 la untuk 6-7 orang. Masuk kan perencah.. urm 4-5 kiub.. terpulang..nak lagi umm letak banyak.. baru pekat..baru sedap..baru terangkat...!
Seterusnya..masukkan serai yang dititik, daun limau purut, cili padi juga dititik(jangan hiris pulak..karang tergigit baru padan muka), .. dan garam..ha yang ni jangan letak gula pulak.. tahu la orang kelantan..nak letak pun kena tengok masakan pulak yee(nak letak pun xsalah.. kalau xjadi padan muka..tapi ana letak je.. rasa xlengkap pulak. alah sikit je.. hujung sudu je) okeh! Lepas tu.. tunggu la sampai mendidih.. Last sekali baru masukan sayur(bawang.carrot semua tuh).. tunggu 3-4 minit tutup api. Dah! Kalau agak tawar ke apa.. pandai2 la seimbangkan.. apa yang kurang ..tambah..yang terlebih tu.nak buat macam mana redha je..

***SeLaMat MeNCuBa***
Cik Lieya tuu..try la..xkan baca je kan???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com