Apabila seorang ibu berkata,
"anak jenis apa kau ni? kenapa la dalam ramai2 kau sorang je yang paling xguna?"
aku hanya mendiamkan diri.. terasa terbang semua semangat..inginku sujud di kaki nya namun diri ini hanya kaku di hujung katil..aku hanya mampu menundukkan wajah. Tak mampu ku pandang wajah ibu yang menyinga ketika itu.
Ya sakit sangat hati ni bila seorang ibu meluahkan kata-kata seperti itu. Sehingga hari ini ucapan itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Aku tidak mampu hidup seperti biasa , lantas aku berjumpa dengan seorang wanita yang juga seorang ibu untuk meluahkan isi hatiku..lalu dia menasihatiku. Katanya "jangan lah difikirkan sangat..walaupun mulutnya berkata sekeras itu namun hati seorang ibu xpernah membenci akan anak kandungnya sendiri..sabar lah mungkin silap kita juga yang buat si ibu menuturkan kata-kata sedemikian rupa.".
Hmm mungkin benar katanya..masakan seorang ibu sanggup memarahi anaknya tanpa sebab..
maafkan aku ibu..
aku tahu terlalu banyak dosa-dosa ku padamu..
membohongimu..mengabaikan segala nasihatmu..
aku tahu aku seorang manusia yang hipokrit..
andai kata satu hari nanti aku pergi tanpa memenuhi keinginanmu,
maka ampunilah aku ibu..
aku cemburu..melihat teman2 selalu bergelak ketawa bersama ibu mereka..
manakala aku.sungguh janggal untuk berbuat begitu..
kerana aku tidak pernah dididik dengan cara itu..
aku dididik dengan penuh ketegasan..
andai kata aku tersilap..pasti tali pinggang menjadi habuanku..
aku pernah dibiarkan tidur diluar rumah gara-gara mencetuskan perbalahan dengan adik-adikku..
hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku malam itu..disekeliling rumah penuh dengan hutan..
lampu dipadam membuatkan aku menangis ketakutan..dan engkau pula tidak pernah peduli akan tangisanku..
macam-macam yang aku tempuhi.. yang mungkin orang diluar sana xpernah lalui.. badanku penuh dengan lebam-lebam disebabkan pukulanmu.. namun itu xmenjadikan aku benci terhadapmu..
aku sayang kamu ibu..aku sayang kamu... tapi perkataan ini xpernah terluah dibibir.. dan aku harap sebelum aku pergi aku dapat meluahkannya tanda terima kasihku terhadap dirimu meskipun aku tak pernah dapat apa yang aku inginkan..
# buat umi(ibu kandungku..) aku mohon ampun atas segala kesilapanku..mungkin kita tidak seperti pasangan ibu n anak yang lain.. tapi itu xmnjadikan kita janggal dalam hidup berkeluarga..aku bersyukur kerana aku dibesarkan dengan sedemikian rupa..itu membuatkan aku memahami ap itu erti hidup..
~mama~
BalasPadam::thanks so much for being a good mom and a good lecturer..::