Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Ahad, 31 Julai 2011

:: Malam Kemuncak UniFes Bersama Mestica ::

Salam Ukhuwah buat pengunjung-pungunjung blog ini...

    Syukur alhamdulillah semalam 30/7/2011.. majlis penutupan UniFes( University Islamic Festival ) berjalan dengan lancar dan dimeriahkan lagi dengan konsert nasyid oleh kumpulan Mestica (kump. yang ana minat).. banyak aktiviti-aktiviti yang berjalan sepanjang UniFes antaranya pertadingan nasyid antara university, pertandingan melukis, bilal muda, musabaqah dan banyak lagi..

      Gambar aktiviti tersebut ana tidak berkesempatan mengambilnya kerana ana sebenarnya tidak mengatahui langsung perkembangan aktiviti selama tempoh uniFes berjalan. UniFes itu sendiri pun ana tidak tahu apa sebenarnya..hehe.. sehinggalah satu annoucement dari pembesar suara disetiap kolej yang mewajibkan "budak2" part one terutamanya menghadiri majlis penutup tersebut. Dan dari situ lah ana(part 2 ek bkn part 1)  terus masuk bilik salin pakaian apabila pihak kolej memberitahu yang majlis itu akan turut dimeriahkan  oleh Kumpulan Mestica . Time 2 memang segala kerja yang berlambak2 ana ketepikan, janji dapat tengok konsert Mestica. Ana ajak juga kawan2 tapi yelah nasyid xramai yang minat. Biarlah.. sorang pun sorang la.. pukul 8 mlm ana dah tercegat dalam dewan. Toleh kiri dan kanan... hmm cikitnya.. (time ni lah ana ambik kesempatan duduk dibarisan hadapan sekali..) dalam 40minit jugak lah menunggu. tapi yang ada dalam dewan 2 cikit je. xpercaya rasanya. Yelah dulu masa ana study dekat UiTM Machang,(ketika itu konsert  oleh UNIC)  pukul 8 2 dah penuh satu padang.(memang lah penuh sebab orang tengah solat terawih..hehe).

        Berbalik pada cerita tadi, tepat jam 8.45 malam pengerusi majlis tampil memberi ucapan sepatah dua kata. Selepas beberapa minit, sesi persembahan dimulakan oleh kumpulan nasid UITMPP. Tiba-tiba salah seorang dari ahli nasyid itu memohon maaf. Semua tercengang, kenapa??. Katanya kumpulan nasyid Mestica tidak dapat meneruskan konsertnya pada malam itu kerana menerima paggilan kecemasan dan terpaksa bertolak balik ke KL. Macam sakit je hati ana time 2.. tapi ana buat biasa padahal kat dalam Ya Allah geram sangat2. Lepas tu ketua kumpulan pula berbicara. Katanya dia akan cuba sedaya upaya memeriahkan majlis tersebut dengan sebaik mungkin. Persembahan dimulakan denga lagu Layar Keinsafan dari kumpulan mestica (tapi orang lain yang nyanyi..terasa sebak seketika).. tiba corus.. "eh macam pernah dengar je suara..." ahah.. suara Razin !!. muka ana yang monyok tadi dah kembali senyum dah... =) banyak la panggilan kecemasan..!
ana tak lepas peluang merakam kesemua lagu yang dipersembahkan malam tersebut, termasuk lagu first dan terbaru mereka. (tapi malangnya ana xboleh nk uploadkan dekat sini..xtahu lah apa masalahnya.bagi siapa yang tahu tolong ye..) . Persembahan berlangsung kira-kira 3jam juga lah.. memang puas hati. Dan yang paling ana suka..... =) tengok kat bawah nih...



 jeng..jeng..jeng..!! dengan mudah dan senangnya ana mendapatkan tandatangan Razin, Khalil, Khairul dan Shaiful. (gosok mata.. macam xpercaya je..)

buku ni saiz buku 3 5 je sebenarnya..terdesak sangat. xde paper. nak beli album xbawak duit.


haha.. yang ni paling lucu..sebelum 2 ana xtahu nak suruh diorang sain kat mana sebab ana xde kertas. lagipun xcheck betul2 dalam beg. ana nampk la belon dekat atas stage.. ana ambik 1 dan bagi dekat Khairul suruh dia sain.. hmm dia ckp kat ana.."eh pelik betul la awak ni..ada pulak sain dekat belon".ana pun jawab la "xpe.. lain daripada yang lain..slagi xpecah saya keep on that"


lepas tu Khairul ambik. tapi.. boleh pulak dia buat aksi cam nak pecah kan belon ana.. cikit lagi ana nak jerit.. ish dia ni.. tapi nasib baik dia sain jugak. lepas 2 ada la mahasiswi yang lain follow cara ana. hmm xjadi special dah la..




ni time mereka mempersembahkan lagu apa ana tak ingat..walaupun duduk dekat depan tapi jarak dengan stage ada la dalam 5 6 meter.. 2 cam xclear gambar. mklum lah siswi macam ana ni mana ada duit beli camera mahal2.


yang ni diorang tengah besembang..punn xingat sembang apa..


tengok Razin 2 gelak samapai terangkat kaki2 ya...


dan ni penutup konsert.. Mestica bersama Ahli Jawatan Kuasa UniFes.
(ha belon 2 la yang ana ambik)


# sangkaan ana meleset.. lepas beberapa minit persembahan, dewan Perdana yang besar 2 dipenuhi oleh siswa2 dan siswi2 dari part1-5 or mungkin juga part6.. memang ramai. tapi Allah permudahkan niat ana..nak dapatkan tandatngan mereka dengan mudah..xperlu berasak2(kerana yang datang hanya nak dapatkan kupon utk mohon kolej sem seterusnya)..n_n Alhamdulillah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com