Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Selasa, 29 November 2011

:: Kisah Benar_Pesan Tok Tentang Hari Kiamat ::

Assalamualaikum buat sahabat sekalian..


 Pertama  sekali ana mohon maaf jika selepas ini ana gagal untuk mengupload entri2 baru.. sebabnya kuliah ana sudah bermula jadi sem ni agak sibuk sedikit sebab ana ada 3 kelas yang mana mengambil masa hingga 6 jam tiap2 satu.. Serving, Operation Kitchen dan Malaysian Cuisine@ Asean Kitchen. (Ni serba sedikit tentang pembelajaran ana) 

Ok.. berbalik pada kisah yang ana ingin ceritakan.. ni kisah benar.. pengalaman yang dirasai sendiri oleh ana dan kawan2 ana.. ketika kami di tingkatan 5 @ 2009... maaflah jika ana terlewat sampaikan pesanan ni.. sebabnya ana pun xpasti sama ada ana perlu dedahkan atau tidak.. tapi bila ana fikirkan balik.. baru ana teringat.. "Atuk" 2 cakap "sila sampaikan pada sahabat2 sekalian.."  Mari kita ikuti cerita ni..

Tengah hari itu.. ana dengan kawan macm biasa datang ke kelas.. tapi waktu itu tidak ada guru yang mengajar.. kalau tidak silap wktu rehat masa itu.. kami budak2 kelas 5SNS3 macam biasa lah dekat2 nak SPM masing2 ralit mentelaah di meja masing2. tapi tengah hari itu hati ana rasa semacam.. xsedap.. seram sejuk je.. xtahu la kenapa.. selang 5 minit.. ana dengar ada suara orang baca yasin sayup2 dekat belakang ana..tangan kaki ana semua dah sejuk.. ana dah syak.. bila ana toleh je ke belakang, ana tengok kawan ana ni tengah baca yasin tapi xsampai 4saat kepala dia dah lembik..! hanya ucapan 2 kalimah syahadah yang masih meniti dibibir sahabat ana tu.. ana dah rasa lemah dah.. lepas tu kawan ana yang berada disebelah kawan ana yang sakit 2 (maaf, nama dirahsiakan, bimbang takut menjadi fitnah) sapu air bacaan yasin (yang sememangnya dibawa dari rumah sebab kami 5 sekawan memang dah tahu kawan kami yang sorang tu sakit) lalu direnjis pada muka kawan ana..  lepas air yasin tadi direnjis, kawan ana terus xsedarkan diri.. !

ok, lepas 5 minit dia xsedarkan diri.. ana tengok dia dah mula buka mata.. tapi masih dalam keadaan lmah.. ana disuruh oleh kawan lelaki ni baca yasin pada air dalam 1 botol lagi.. ana buat.. kemudian air 2 ana xingat diberi minum atau direnjis pada muka dia.. sebab lepas ana bacakan yasin pada air tu ana terus keluar dari kelas.. sebab tubuh ana lemah sangat2.. ok, sebelum ni pun dy pernah pitam dengan tiba2.. jadi pernah la dalam banyak2 dia pitam ni ada satu hari di duduk sebelah ana dalam makmal.. jadi masa itu ntah macam mana dia rebah.. ana la yang offer diri nak angkat dia ke bilik sakit bersama 2 orang lagi rakan.. tapi... ya Allah masa tu Allah je tahu punya lah berat.. 6 orang angkat pun xlarat.. macam angkat konkrit! padahal tubuh kurus kering je.. lepas kejadian tu.. ana jatuh sakit. macam2 jenis orang dah ana jumpa untuk berubat.. last2 ana jumpa sorang ustaz,. dia kata benda tu "menumpang" dekat ana sebab ana pernh angkat kawan ana ni la.. tapi alhamdulillah sekarang dah sihat..  sebenarnya kalau nak ceritakan kat sini memang panjang sebab benda ni berlaku hampir setahun. macam2 halangan dan gangguan ana terima.. sampai "benda" tu datang rumah ana.. masa ana tidur.. n jerit dekat jendela bilik..sebab kata saudara ana(yg diberi keistimewaan oleh Allah dapt melihat benda ghaib) benda tu marah ana sebab pandai2 je cari ustaz untuk tolong kawan ana nih.. ok, suara dy? seram sangat2 .. nak nangis rasa.. tapi biar lah itu kisah lama.. 

Berbalik pada cerita tadi, lepas ana keluar dari kelas ana duduk dekat tangga sekolah.. kat situ habis doa ana baca.. sebab xnak benda sama berulang.. lepas ana rasa dah ok, ana masuk balik.. masa tu ana tengok kawan ana masih lagi dikerusi n lepas tu dy mintak yasin.. katanya "atuk" tu suruh dia baca sendiri.. n sebelum tu mesti selawat lah dan sebagainya.. kami semua 5sekawan mengelilngi kawan ana tadi.. rakan2 yang lain sebenarnya xtahu.. dan xperasaan pun kejadian ni.. hanya kami dan beberapa orang rakan lelaki saja yang tahu.. jadi selepas habis dy baca yasin.. tiba ana tengk dy macam sedang tarik nafas dalam sangat macam orang xcukup oksigen.. lepas tu  tiba-tiba suara dy dah bertukar..bunyinya agak kasar dan bahasa 2 macam bahsa melayu lama.. permulaan dy  bercakap, dy memberi salam pada semua.. dan ini antara dialognya..

"Assalamualaikum w.b.t "
"Dengar baik-baik apa yang atuk nak cakap.. ingat lah cucuku.. sampaikan pada semua sahabat2mu.. katakan pada mereka .. jangan tinggalkan solat..jaga amalanmu dan saling berbuat baik.. kerana dunia ini sudah hampir kepada penghujungnya.. ingat! sampaikan pesan ini pada rakan2mu yang lain.. " katanya dalam ton suara yang agak perlahan dan lambat2..

kemudian.. "atuk" tadi memohon untuk mengundur diri dan memberi salam pada kami..dan kawan kami yang lemah tadi tiba2 kelihatan sihat.. seperti orang baru bangun tidur.. n xsedar apa yang berlaku..

hampir menitis airmata kami.. perasaan takut, seram bercampur aduk.. pesanan tadi kami khabarkan pada rakan2 sekelas.. 

p/s : "Atuk" yang dibahasakan dalam kisah ni.. ana xpasti dy itu siapa.. dy cuma menyuruh kawan ana tu membahasakan dirinya "atuk"..mungkin jin islam..atau sebagainya.. yang pasti dy diutuskan Allah utk membri peingatan ini.. kalau syaitan? syaitan xkan mengajak kepada perkara baik.. 
Hmm.. terpulang pada sahabat2 sekalian sama ada nak percaya atau tidak.. kalau yang percaya alhamdulillah.. tapi percaya aja xcukup kalau xamalkan kan? dan last sekali ana mohon maaf sebab keterlewatan mengkhabarkan berita ini.. 

kalau ada siapa2 yang berpengalaman dalam hal ghaib ni.. budi baik anda sangat diharapkan utk jelaskan  serba sedikit tentang perkara ni..?

3 ulasan:

  1. Cerita yang menarik,saya lihat ada persamaan dengan pengakuan jin islam kepada seorang pengamal perubatan islam disini
    http://www.youtube.com/watch?v=5xV3Dnk3lps

    BalasPadam
  2. Satu kisah yang menarik,saya rasa ada persamaan dengan pengakuan jin islam kpd seorang pengamal perubatan islam disini
    http://www.youtube.com/watch?v=5xV3Dnk3lps

    BalasPadam
  3. but i'm still curious about something.. ad crta la di sebalik ni dgr2 kata.. masa jumpa dy beberapa bln yg lps...

    BalasPadam

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com