Lagi cerita tentang saudara baru_Dipetik dari web http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=19220
Assalamualaikum wrt. wbt.
Saya rasa terpanggil untuk menulis serba sedikit isi ceramah yang baru saja disampaikan oleh Ust. Zulkifli Nordin. ( seorang Peguam ).Pada hari ini, beliau meminta para hadirin semua sama-sama berfikir tentang satu peristiwa yang menggugat umat Islam yang baru saja berlaku dan dilaporkan di akhbar pada 21 Julai yang lalu.
Kes ini akhirnya telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam sebuah negara Islam yang mana majoriti penduduknya beragama Islam. Dalam kes ini seorang wanita yang bernama S.Shamala telah berkahwin dengan seorang lelaki India. ( namanya saya lupa ). Hasil perkahwinan mereka ini adalah dua orang anak lelaki. S. Shamala ini bekerja sebagai seorang kerani manakala suaminya adalah seorang doktor. Doktor ini telah mendapat cahaya Islam hasil drp. kajian dan kesungguhannya mengenali Islam. Lalu pada tahun 2002, doktor tadi telah mengucapkan syahadah dan menjadi penganut Islam yang suci dgn nama Mohd Ridhuan. Disebabkan isterinya tidak mahu bersama sama menganut agama Islam, doktor tersebut telah mendaftarkan kedua - dua anaknya yang berusia 3 dan 5 tahun sbg. penganut Islam pada 25/11/2003.
S. Shamala tidak berdiam diri , malah menuntut hak penjagaan anak-anak drp. bekas suaminya. Ust. Zul menekankan di sini bahawa isu ini sebenarnya bukanlah isu hak penjagaan kanak-kanak tetapi bagi umat Islam ia adalah merupakan isu yang lebih besar iaitu akidah. Mohd Ridhuan merujukkan kes ini kpd. mahkamah Syariah di mana hak penjagaan telah diberikan kepada beliau. Pada 12/01/04 pula, Mufti WPKL telah mengeluarkan satu fatwa yang dengan itu, pengIslaman kedua-dua anak tadi adalah sah.
TETAPI, setelah kes ini dirujuk kepada Mahkamah Tinggi KL, pihak yang menuntut telah menggunakan " Akta Penjagaan Kanak - Kanak 1961, Seksyen 5 " sama spt apa yang berlaku dalam kes Natrah pd thn 1950. Cuma pada masa itu, ' Akta ' disebut ' Ordinan '.Dalam akta ini , kanak - kanak boleh diserahkan kpd sesiapa saja asalkan mengutamakan kebajikan kanak - kanak tsbt. Anak - anak juga mengikut agama semasa dia dilahirkan sehinggalah berumur 18 tahun utk memilih. Kebajikan kanak - kanak lebih diutamakan drp. kebajikan agama kanak - kanak tsbt. Mahkamah memutuskan S Shamala menjaga anak-anak tersebut di mana Mohd Ridhuan mendapat ' join custody ' - hanya boleh berjumpa dalam waktu yang terhad saja . Bayangkan bagaimana perasaan Mohd Ridhuan yang tidak mendapat pembelaan di sebuah negara Islam dan hakim bagi kes ini juga seorang Islam. Disebabkan kehilangan kedua - dua anaknya , beliau hampir menyatakan kekesalannya memeluk Islam.Kes ini agak sama dengan kes Natrah, cuma yang berbeza adalah sikap kita orang Melayu yang Islam. Akidah orang Melayu di sekitar 1950-an dengan zaman sekarang jauh berbeza. Walaupun, pada masa itu, org Melayu hanyalah petani dan nelayan sj jika dibandingkan dgn melayu skrg tetapi akidah mereka begitu dipertahankan. Pada masa itu, kalimah Lailaha illallah begitu mahal harganya hingga menyaksikan beribu orang Melayu dari seluruh Malaya turun ke Singapore utk menyelamatkan Natrah dan akhirnya 13 org ditembak mati dengan peluru yang bersarang di dada. Berbelas lagi dihukum gantung sampai mati. Kisah ini satu sejarah hitam dan fail kes ini masih tersimpan di dalam arkib. Terdapat juga novel tentang kes ini iaitu ' The Natrah Tragedy '. Sebenarnya dalam kes ini, keluarga Belanda itu bukanlah bersungguh - sungguh untuk menuntut Natrah ( masa itu 15 thn ) yg ditinggalkan diserahkan ketika masih bayi lagi tapi penglibatan gerakan -gerakan Kristian yg ketika itu sangat aktif telah berjaya menggunakan segala kuasa dan undang -undang utk merampas Natrah dan 'mengkristiankan ' nya semula. Tapi masa itu kita di bawah jajahan British.
Alangkah sedihnya , bagi kes ini kita semua tidak dapat berbuat apa- apa di dalam sebuah negara yang kita kuasai. Kes ini adalah rentetan drp.banyak kes lagi antaranya Aisyah Bokhari, Hartina Kamaruddin,Mohd Yusoff Santhana, sekeluarga Mohd Ibrahim, Siti Solehah dan Tina Nurrahimah dan ramai lagi. Jamaluddin Osman seorg anak Johor dan org Melayu pertama menjadi paderi di Gereja Jln Gasing telah menyatakan bahawa dia akan mengkristiankan seramai mungkin org Melayu. Pihak polis telah menahan beliau di bawah ISA kerana mengancam keselamatan negara. Akhirnya beliau bebas semula setelah tiada fakta yg kukuh utk penahanannya Bayangkan,seorang yg memang telah jelas menyatakan niatnya mengkristiankan org - org Melayu di dalam sebuah negara yang mengaku Islam boleh bergerak bebas dengan misinya. Namanya sekrg adalah Dr. Joshua Jamaluddin dan tidak lama lagi akan jadi Bishop. Bukan itu sahaja, masih banyak ancaman yang menanti di luar sana. Sekarang telah ada IRC ( Inter-Religious Council / Majlis Antara - Agama ) yang terdiri daripada wakil - wakil setiap agama spt kristian, hindu, buddha, sikh dan lain - lain. Sisters In Islam ( SIS ) pulak kononnya mewakili Islam. Keadaan ini mengancam kita umat Islam. Mereka menggunakan kaedah demokrasi di mana suara majoriti diambilkira. Cuba fikirkan, jika mereka berkuasa , kedengarankah lagi suara umat Islam. Dalam waktu terdekat ini, mereka akan menghantar memorandum ke parlimen utk menghilangkan / membatalkan satu akta yg. mana Mufti mempunyai kuasa bagi kes-kes yg. menggugat akidah umat Islam . Mereka mahu kuasa IRC mengatasi kuasa Mufti. Dalam keadaan parlimen yang org Islam krg berbanding puak kuffar, kita sebenarnya boleh hilang segalanya bila -bila saja seperti apa yang telah banyak berlaku di negara lain. Di saat umat Islam banyak leka dan lara , tanahair sendiri tiba-tiba dirampas. Akidah umat Islam begitu rapuh. Sedarlah kita sebelum kita hilang segala - galanya di negara kita sendiri. Na'uzubillah. Ust. Zul juga meminta kita semua menyampaikan peringatan ini kepada semua umat Islam. Jangan lalai dan ingatlah sabda Nabi bahawa mereka ( org kafir ) tidak akan sekali -kali redha dengan kamu( org Islam ) sehinggalah kamu masuk ke dalam golongan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan