Salam semua sahabat2 ku..
Dan.. Selamat ulang tahun / hari lahir buat semua sahabat2 ku yang menyambut hari lahir pada hari ini.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. ^_^ Aminn...
"Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan oh ibuku.. Allah selamatkan kamu.. "
Ye.. hari ni 28 November 2011 adalah hari ulangtahun ibu ana yang ke-51 .. Selamat hari lahir umi....!
Ha.. esok 29 November 2011 adalah hari ulangtahun adik bongsu ana pulak.. yang pakai baju merah 2..Yang bestnya hari lahir kami dekat2.. bulan 12 nanti abah pulak.. pastu bulan 1 ana.. kemudian adik ana bulan 3 dan sorang lagi hehe sory la dik oii xingat...
(Even kami sekeluarga xpernah menyambut hari lahir sepertimana kebanyakan keluarga lain buat, memadai dengan hanya ucapan dan doa dari sekeluarga..^_^) ~~Bahagia selalu~~ " Rasanya ni first time ana mengangkat keluarga ana.. rasa rindu sayang dan bermacam2 lagi.. ana tahu ana jahat.. :'( but, sempena maal hijrah ni ana teringin sangat nak berubah.. bukan sebab tahun baru.. tapi kebetulan niat ana nak berubah berkebetulan dengan awal muharam.. masya'Allah.. :') Alhamdulillah.. semoga ana sentiasa istiqamah dengan niat dan perubahan ini"
-Doa Menyambut Hari Lahir-
Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu
Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia bagini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.
Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.
Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Hakim,berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.Beratilah ilmu yang Engkau kurniakan kpd kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.
Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan