Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Jumaat, 30 Disember 2011

:: 9 Kisah Penghijrahan Selebriti Malaysia_by Open Minda::

2011 sudah semakin sampai ke penghujungnya. Sepanjang tahun ini, ada banyak tragedi, kenangan pahit manis dan tidak ketinggalan, penghijrahan ramai selebriti ke arah kebaikan. Ramai selebriti tanah air terutamanya selebriti wanita yang memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dan memeluk Islam sepanjang tahun 2011. Antaranya ialah:-


1. Diana Amir – ramai yang terkejut dan sangat gembira apabila mendengar berita Diana Amir berhijrah memakai tudung. Ternyata ianya adalah satu keputusan yang bijak apabila nama Diana Amir semakin popular dan meniti di bibir peminat dengan penghijrahan ini.


2. Irma Hasmie – mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang daripada umrah, Irma Hasmie kini menjadi menantu idaman semua mak-mak di Malaysia. Sangat manis dan sangat cantik kan?


3. Catriona Ross – kisah Catriona Ross memakai tudung sangat-sangat menarik untuk dibaca bersama. Disebabkan boring menunggu rakan-rakannya bershopping, Catriona mencuba untuk memakai tudung. Daripada situ hatinya terdetik untuk memakai tudung sehingga kini.




4. Daphne Iking – memeluk Islam secara rahsia apabila berkahwin dengan suaminya, ura-ura Daphne memeluk Islam tersebar apabila dia mengucapkan “Alhamdullilah” di satu majlis. Akhirnya Daphe Iking membuat pengakuan sudah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Dahlia Eleanor Iking.



5. Jojie – mula memakai tudung Ramadhan yang lalu, Abang Nara lihat Jojie tampak lebih cantik, ayu dan anggun ketika menutup aurat berbanding sebelumnya. Anda setuju?



6. Farah AF – walaupun Farah mula memakai tudung sejak tahun akhir tahun 2010, tapi Abang Nara masukkan jugak di dalam senarai ini sebagai pembakar semangat untuk para wanita di luar sana.


7. Akma AF3 – tiada angin tiada taufan, tup tup Akma AF muncul dengan imej bertudung baru-baru ini. Nampak sangat ayu gitu. Semoga segalahnya dipermudahkan.


8. Raja Farah – selepas perkahwinannya dengan Megat, Raja Farah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Sememangnya Raja Farah yang dah cantik semakin cantik apabila bertudung.




9. Siti Nordiana – mula berminat untuk mengenakan tudung setelah melihat ramai orang bukan Islam yang mendalami agama dan memakai tudung selepas memeluk Islam.



10. Abby Fana – memakai tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Sangat manis kan?

Itulah antara 10 selebriti wanita yang berhijrah ke arah kebaikan sepanjang tahun 2011 ini. Semoga mereka kekal dalam penghijrahan dan tabah menghadapi cabaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com