Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Sabtu, 24 Disember 2011

:: Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam ::

Salam sahabat sekalian.. ok mungkin ada diantara kalian semua dah tahu tentang ni dan mungkin juga ada yang tidak tahu.. kerana pada penghayatan ana masih ramai lagi yang dok wish happy crismas.. dan kalau dekat2 restoran or sebagainya.. masih lagi buat tema ala2 crismas.. (ana cakap sebab ni berlaku depan mata ana dan dalam kampus ana..) Hmm ana pun xtahu lah nak cakap macam mana.. nak nasihat karang dikatanya kita ni kurang ajar.. baru setahun jagung dah ada hati nak nasihat2 orang.. bukan apa.. ye, memang kita nak cari duit.. tapi jangan la sampai kita lupa agama kita..dan ye, memang kita xsambut crismas..kita cuma prepare makanan untuk mereka.. and what?? itu sama la seperti kita menggalakan @ menyokong apa yang mereka sembah dan amalakan betul x?? xpe la pape pun baca artikel kat bawah..




Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com