Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Isnin, 12 Disember 2011

:: Lelaki Telanjang Mengelilingi Kaabah ::

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat blogger sekalian..

Terlebih dahulu ana minta maaf la sebab 2 hari xposting something.. mungkin ada yang tertunggu2.. terutama buat "blog walkers" sekalian.. bukan apa.. wifi kolej tiba2 weng masuk hujung minggu..ish3...
Oh ye.. jum baca kisah pendek ni..bagi ana cerita ni amat2 mnyentuh perasaan.. conform nangis bagi sesiapa yang faham..

Petang itu seorang sahabat kepada ustaz(ana lupa namanya).. sedang asyik mendengar radio.. radio 'Pak Arab'.. biasalah musim2 haji memang famous la radio diorang.. nak pulak ada sesi soal jawab tentang haji yang dikendalikan oleh seorang ulama besar Mekah pada petang itu.. memang menjadi tumpuan la kan.. si sahabat ustaz ni pula hanya menjadi pendengar setia.. disamping menambah ilmu..

Tiba-tiba talian disambung.. suara seorang wanita sedang "on air" . Seterusnya berlakulah dailog antara ulama dan perempuan tersebut.

"assalamualaikum pak sheikh?" (versi arab) 
"Waalaikumussalam" kata ulama tersebut.. "
"Pak Sheikh, sebenarnya saya ada satu kemusykilan nak ditanyakan pada Pak Sheikh..tapi bukan soalan berkenaan haji..sebaliknya mimpi"
"teruskan.."kata ulama tersebut.
"Ada satu malam .. ketika saya terlena.. saya bermimpi.. ada seorang lelaki.. yang sedang tawaf.. tapi dibadan nya tidak terdapat seurat benang pun (telanjang).. apakah maksud mimpi saya itu?"
"Mengikut pada ilmu saya.. seseorang yang mengerjakan haji.. dan hajinya diterima yakni mabrur.. ibarat pulangnya / kembali seperti bayi yang baru dilahirkan..(suci dan tiada dosa). Jika kamu terserempak atau berjumpa dengan lelaki itu..maka khabarkan lah padanya tentang berita gembira ini.." kata ulama tersebut mengakhiri jawapannya.
Wanita itu terdiam seketika dan kemudian menyambung..
"Demi Allah dan Rasul.. lelaki yang saya lihat dalam mimpi itu adalah Pak Syeikh sendiri"
Selepas itu kedengaran Ulama tersebut menangis.. dan sesi soal jawab terpaksa dihentikan dan disambung pada keesokannya.. begitu juga sahabat ustaz yang mendengar tadi..juga turut menangis.. 

p/s: Cerita ni ana ambik dari buku himpunan cerita dari mekah.. apa pandangan anda? ana baca pun rasa nak menangis.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com