Al-Junaid(dikatakan salah seorang wali)Mempunyai ramai murid.
Salah seorang muridnya telah meninggalkan jemaah dan menyendiri pada satu tempat kerana menyangka dia telah sampai tahap kesempurnaan."Oleh kerana itu lebih baik aku menyendiri" katanya.
Pada suatu malam ketika beribadat berseorangan datang beberapa orang lelaki dengan membawa seekor unta kepadanya sambil berkata "kami akan membawamu ke syurga".Maka naiklah murid itu atas unta tadi sambil dipimpin oleh lelaki-lelaki itu.
Mereka akhirnya sampai ke satu tempat yang indah dan nyaman.Tempat itu di penuhi dengan manusia-manusia yang tampan dan gagah yang dihidang dengan makanan yang lazat-lazat serta mempunyai sungai-sungai yang jernih airnya.Dia berada di tempat itu sehingga fajar,apabila hampir fajar dia tertidur dan apabila bangun dari tidur murid tadi akan berada di tempatnya kembali.
Begitulah setiap malam dia akan dijemput ke tempat itu lagi dan tertidur sehingga fajar.Peristiwa itu menyebabkan murid itu menjadi angkuh dan dia sentiasa menceritakan kepada kawan-kawannya yang lain."setiap malam aku di jemput ke syurga "katanya dengan bangga.Apabila berita itu sampai kepada guru beliau Al-Junaid,maka berkata Al-Junaid"Bila malam nanti apabila engakau dihantar ketempat itu lagi,engkau ucapkan perkataan ini(LAHAULAWALA QUWATAILABILLAHILALIYULAZIM)
"Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Besar KekuasaanNya".
Pada malamnya apabila murid itu di hantar ketempat tersebut maka diapun menyebut seperti yang di ajarkan oleh gurunya tadi.
"Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Besar KekuasaanNya".
Maka pada saat itu bertempiaran larilah orang-orang yang berada di situ sambil meraung-raung.Kemudian terlihatlah oleh sang murid sebenarnya dia berada di tempat pembuangan sampah sedangkan di hadapannya penuh dengan tulang-tulang dan bangkai binatang.
Setelah itu murid itupun kembali menyertai jemaah semula setelah menyedari bahayanya menyendiri bagi seorang murid.
Sesungguhnya syaitan lebih mudah menggoda orang yang bersendiri daripada orang yang berjamaah,benarlah sabda Rasulullah SAW "Kambing yang bersendiri lebih mudah di baham serigala berbanding dengan kambing yang berkumpulan"
Tulisan ini sekadar memperingati sesama Islam kerana sesungguhnya saling memperingati itu amat berguna bagi orang Mukmin.
Jika ada ilmuan agama yang membaca tulisan ini tolong bagi teguran dan komen.(ijoks2009)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan