Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Isnin, 30 Januari 2012

:: Misteri Bukit Graviti Di Serata Dunia ::

Satu lagi fenomena aneh alam yang menjadi tamparan hebat bagi hukum Graviti Newton. Diwilayah Santa Cruz, California terdapat suatu fenomena alam yang sangat menakjubkan, dimana terdapat banyak kejadian pelik yang mungkin membuat kita kebingungan apabila mengunjungi tempat tersebut.

kenapa?? ditempat yang merupakan hamparan hutan subur itu hukum gravitii seakan-akan sudah tidak ada erti sama sekali kerana semua pepohonan berdiri condong, bahkan boleh dikatakan hampir tumbang. Jika manusia berada disekitar "titik misteri" sekalipun, seluruh badannya tanpa dikehendaki juga terikut-ikut condong, walaupun berusaha untuk berdiri dengan tegak.



Anehnya, walaupun dalam keadaan posisi yang condong dalam sekala yang besar,seluruh benda yang ada tidak akan terjatuh atau kehilangan keseimbangannya. Jika berjalan, langkah kita tetap stabil dan berjalan tanpa kesulitan walaupun dalam posisi condong. Bila berkunjung ketempat ini, kita boleh melihat keanehan-kenehan seperti rumah yang hampir roboh (padahal sebenarnya masih kukuh), penyapu yang boleh berdiri sendiri dalam keadaan yang condong, manusia yang dapat berdiri ditembok, dan keanehan-keanehan yang lain.

Peliknya lagi ialah apabila, haiwan-haiwan hutan tidak ada yang mahu merangkak dan mencari makan disekitar "titik misteri ini", meraka mungkin ketakutan ataupun apa??

Titik Misteri atau "Mystery Spot" boleh membuktikan akan kelemahan teori Gravitasi, Sir Issac Newton dengan hukum gravitasinya menyatakan bahawa semua benda akan ditarik kearah semua benda lainnya oleh kekuatan graviti.

Kekuatan ini bergantung pada seberapa banyaknya zat yang tergantung dalam benda dan pada jarak diantaranya. Hukum itu menerangkan mengapa orbit planet dan bulan berbentuk elips. Hukum itu menerangkan juga gerakkan semua benda dalam alam semesta yang maha luas. Dengan adanya fenomena ini, hukum graviti Newton yang bertahan kurang lebih selama 4 abad mungkin sudah saatnya untuk direvolusi. Namun pada saat ini, para ilmuwan belum dapat menjelaskan bagaimana fenomena ini boleh terjadi. mungkin masih menunggu beberapa waktu lagi untuk memecahkan misteri ini, atau mungkin anda yang belajar fizik mempunyai sebuah teori atau persoalan untuk memberikan penjelasan bagaimana fenomena ini boleh berlaku??

Sebenarnya, fenomena-fenomena seperti ini tidak hanya terjadi diwilayah Santa Cruz, California sahaja. tetapi ditempat lain yang boleh ditemui. Memang kebanyakannya di USA, tapi di wilayah Eropah juga dapat ditemui tempat ini contohnya disekitar Warsawa,Polandia. Hal serupa juga terdapat disebuah wilayah di China, namun merupakan tanjakan jalan raya.



Malaysia

BukIt aJaib ...kEnInGaU-KiMaNiS 


Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya hanya 53 km sahaja dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Simpang Kimanis. Jalan raya ini dahulunya adalah untuk mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.

Kini setelah dinaik taraf jalan raya Keningau - Kimanis merupakan jalan utama dari Daerah Keningau ke Bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari Pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari. 
Percaya atau tidak terdapat satu bukit di km 11 dinamakan Bukit Ajaib oleh sesetengah pengguna jalan raya kerana keunikannya. 

Bukit ini kalau di pandang dengan mata kasar ia menurun tetapi apabila kereta kita letakkan dalam posisi gear free kereta itu sepatutnya meluncur menuruni bukit tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah kereta tersebut di tarik sesuatu dan kereta itu mengundur menaiki bukit. Secara logik jika benda bulat di letakkan disitu benda tu akan bergolek ke bawah tetapi sebaliknya berlaku..Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di jalan Keningau - Kimanis

Jalan ini lah dikata Bukit Ajaib ...kalau di pandang secara kasar ia menuruni bukit

Sah pada pandangan mata kasar bukit ni menurun



Jarak dari Simpang Kimanis ke Daerah Keningau hanya 53 km....so kalau nak cuba datanglah dan rasailah sendiri keunikan bukit ajaib ni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com