Sabtu jam 5.35 petang.. bunyi guruh yang awalnya tidak berapa kedengaran diganti dengan halilintar yang tidak putus2.. hujan turun mencurah2 seakan air yg sengaja ditumpahkan dari besen gergasi menimpa bumi.. angin pula turun sama bergabung membidas ap saja yang menghalang laluannya.. habis pokok2 dan dan barangan dlm rumah berjatuhan.. bunyi angin dari flat yang tinggi ini sangat menakutkan..fenomena ini telah menutup pandangan orang2 disini untuk melihat keadaan diluar krana hujang,angin membuatkan keadaan sekeliling seperti berada dalam kabus tebal yang pekat.. (ini la perasaanku sejak setengah jam lepas)
justeru untuk menenangkan hati yang sedang ketakutan mendengar halilntar yang xberhenti memanah di dada langit ana terus mengakses internet mencari bukti bahawa halilintar dan guruh itu juga makhluk Allauh yang bertasbih..
___________________________________________________________________________________
Kilat....takut ada tanda...
2 hari yang lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mati akibat dipanah petir, serta dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit sewaktu menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Felda LBJ Seremban, dekat sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, Mohd Faisen Baharin, dikatakan terjatuh dari motosikal sebaik terkena panahan petir sebelum dibawa orang ramai ke Hospital Pakar Seremban (SSH). Telefon bimbit dikatakan terselit di celah topi keledarnya, ketika kejadian. Mohd Faisen terus dipindahkan ke Hospital Seremban (HS), tetapi disahkan meninggal sebaik tiba.
Manakala dalam kejadian yang lain, berita semasa melaporkan peristiwa Rezman Bujang, 32, dan dua pekerjanya dipanah petir ketika berteduh di wakaf Padang Timur berhampiran Dataran MPPJ, Petaling Jaya pada jam 3.15 petang dan selang 15 minit selepas itu, banglo Yahya di Damansara Heights di sini dilaporkan terbakar, dipercayai akibat litar pintas selepas disambar petir. Rezman dari Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pekerja warga Indonesia, Ading, 32, dan Lukman, 27, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ading dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana melecur di badan manakala Lukman mendapat rawatan di wad biasa. Semua mangsa yang dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke Sungai Buloh dengan menunggang dua motosikal, dikatakan berhenti berteduh di wakaf itu sejurus hujan lebat.
Sementara itu, dalam kejadian di Damansara Heights, isteri Yahya, Datuk Zakiah Laidin, anak lelaki, menantu, empat cucu serta empat pembantu mereka yang berada dalam banglo tiga tingkat itu, sempat menyelamatkan diri. Panahan petir sejurus sebelum hujan lebat itu, dipercayai menyebabkan berlaku litar pintas yang menjadi punca kebakaran di sebuah bilik tidur sebelum merebak dan memusnahkan tingkat tiga banglo itu.
Daripada kejadian-kejadian ini apakah petanda dan apakah perasaan kita kini? Dahulu pernah kita digemparkan dengan kejadian wanita mengandung yang mati di dalam supermarket di Singapura akibat disambar petir. Kini peristiwa ini berlaku pada saudara,sebangsa dan seagama dengan kita sendiri.
Semasa peristiwa tersebut berlaku saya bersama adik kesayangan saya Shakir berada di Perpustakaan Utama Universiti Malaya , sibuk merancang untuk menaip dan mengisi bahan ke dalam blog-blog kami. Petir yang amat dahsyat itu menggegar sehingga terasa ke dalam perpustakaan yang mana keadaan kondusif perpustakaan amat diakui sehinggakan kita tidak akan menyedari cuaca hujan di luar. Apabila kami keluar dan meneliti persekitaran, banyak dahan dan pokok-pokok besar di sekitar UM tumbang sehingga merobohkan sebahagian pagar (Padang Varsiti). Kami terus bertanyakan beberapa individu lain yang berada di kolej kediaman serta berada di sekitar fakulti dan mereka menyatakan bahawa kilat dan guruh yang berlaku pada hari itu amat luar biasa kuatnya. Beberapa tempat putus bekalan elektriknya.
Semasa kecil, saya sering dipesan oleh Ibu agar lari dan masuk ke rumah sekiranya ada guruh dan petir kerana dikatakan panahan daripada malaikat terhadap syaitan dan Iblis. Saya amat takut akan petir dan guruh dahulu dan terbawa-bawa sehingga sekarang. Pernah sekali flat tingkat 16 saya dimasuki ribut dan hujan, saya dan rakan-rakan terus melaungkan azan. Kita melihat di dalam sirah sahabat –sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir. Ketakutan ini bukannya tidak berasas!!
Firman Allah :
Dialah yang memeprlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.
Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra'ad :12-13)
Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Prof. Hamka menyatakan walaupun kilat terhasil akibat persentuhan cas-cas elektrik di dalam awan serta pertembungan dengan ion-ion atmosfera dan bersifat tidak kekal, kilat ini masih ada keinginan untuk bertasbih. Sikap memuji ini ditetapkan sebagai sikap ubudiyyah (kehambaan) petir dan kilat kepada pencipta-Nya.
Said Nursi Badiuzzaman telah menyatakan dalam beberapa Risalah An-Nurnya, bahawa setiap atom dan zarah halus, bukannya bersifat gerakan rawak tak menentu. Sebaliknya setiap atom dan zarah yang tak terhitung banyaknya ini juga dibawa dan digerakkan oleh Malaikat atas perintah Allah SWT. Malaikat yang banyak ini dicipta untuk memandu serta menembungkan cas-cas udara sehingga terhasilnya petir yang dahsyat. Tetapi lebih menghairankan, para Malaikat sendiri bertindak memuji Allah atas kejadian petir hasilan Malaikat itu. Ini menerangkan kepada kita bahawa petir bukan suatu fenomena yang tiada keterikatan dengan Aqidah dan ketuhanan, sebaliknya penjelasan terperinci ini memandu kita dalam membuat perbahasan cuaca dan fenomena alam. Alangkah sedihnya terdapat beberapa pengarang tanahair pernah menyatakan bahawa fenomena alam ini tidak ada kaitannya dengan kemurkaan Allah.
Daripada ayat ini juga kita melihat bahawa memang tujuan petir dan kilat diciptakan untuk menakutkan manusia, walaupun fokus ayat adalah kepada golongan yang meingkari perintahNya. Jadi adalah wajar untuk kita takut kerana itu sifat seorang hamba yang hina. Tidaklah tujuan saya menulis artikel ini untuk menyatakan korban petir di Negara ini adalah akibat mereka menderhakaiNya. Sebaliknya kita bersedih kerana natijah bala ini dikenakan kepada individu yang baik sifatnya.
Kita memahami sifat manusia sememangnya merasakan gembira apabila munculnya petir beserta awan yang hitam, terutama bagi golongan yang berada di tempat yang kurang hujan. Sifat ini adalah normal. Sifat ini seiring dengan rasa takut kita kepada kilat yang mungkin menyambar kita. Perhatikan penegasan saya tadi…..kita mendapati petir dan kilat bertasbih walaupun sifatnya tidak kekal dan hanya sementara (mungkin sekelip mata). Tetapi apakah sikapnya? Sikapnya adalah bersyukur dan mengiyakan keesaan Allah. Bukankah kilat itu hebat dan menggemparkan? Apa bandingannya dengan kita yang kerdil ini? Kilat ini adalah benda yang kelihatannya tiada asal usulnya tetapi dijadikan oleh Allah sekelip mata. Berbanding dengan kita yang berasal usul daripada ibu bapa yang nyata di depan mata. Melihat petir yang hebat, sekejap, tidak kekal tetapi memuji Allah, menginsafkan kita yang hidup lama, lemah tetapi mungkin kurang bersyukur. Hal ini mengingatkan saya kepada falsafah Pluto. Pluto berpendapat bahawa alam ini tidak kekal dan tidak bersifat azali asalnya. Pendapatnya itu adalah seiring dengan pendapat Imam Al A'syari dan Imam Al Ghazali. Tetapi saya berasa sedih apabila Ibnu Rushd seorang ulama' Fiqh di Cordova yang berpendapat bahawa alam ini tidak bersifat Hadis (baru dicipta) sebaliknya Qadim dan Azali seperti Allah SWT. Kenyataan beliau adalah
"Seandainya alam ini tidak azali ada permulaannya, maka ia bererti baru. Kalu ianya baru, maka ada yang menjadikannya dan si pencipta alam baru tadi mestilah baru. Si pencipta tadi juga ada yang menciptanya kerana juga baru. Demikianlah hal ini bertalian (bersambung-sambungan). Sesuatu yang tiada keputusan adalah tidak masuk akal. Jadi, kesimpulannya alam ini mesti azali (Qadim atau sediakala) bukannya Hadis (baru tercipta)". (sila rujuk Alam Semesta Dan Kehancurannya Menurut Al Quran Dan Ilmu Pengetahuan, 1979,Mustapha KS )
Beliau menyatakan jika Allah Qadim, alam penciptaannya juga mesti Qadim kerana nyata Dia berhubungan dengan alam ini. Beliau berhujah dengan ayat 7 Surah Hud.
"Allah itulah yang menciptakan beberapa langit dan bumi dalam enam masa dan A'rasy-Nya di atas air".
Beliau berpendapat bahawa, alam ini termasuk air dan gas adalah sediakala seiring dengan Allah yang Maha Esa. Pendapat ini bercanggah dengan Imam Al Ghazali, Ulama' Kalam yang lain, Al Kindi, Pluto (tokoh pemikir falsafah Yunani). Kemungkinan Ibnu Rushd terpengaruh dengan kenyataan Aristotle (murid Pluto) iaitu alam ini adalah sediakala dan kekal selama-lamanya.
Dari perbahasan ini perlulah kita menginsafi alam termasuk petir dan kilat adalah suatu makhluk yang bertasbih, berzikir serta mengingatinya selalu. Bukanlah sifat kilat untuk bertasbih sekiranya ianya adalah Qadim dan azali seperti Tuhan yang dipujinya itu.
Pada saya kejadian kilat yang dahsyat di Negara ini sebagai alamat bagi warga Malaysia yang sememangnya jarang menerima ujian daripada kejadian dahsyat. Tambahan pula, jika kita meneliti, orang melayu sukar berubah dan berfikir sekiranya malapetaka atau keburukan tidak berlaku di kalangan kaumnya, bangsanya atau orang kampungnya sendiri. Ungkapan mereka, " Alah…tu di Indonesia …kita mana boleh ada gempa bumi…." Alah..banjir dan ribut ni, Kelantan Terengganu je boleh kena…Lembah Kelang ni mana kena angin Timur Laut !!"…..alangkah ego dan bongkaknya ungkapan ini……kesimpulannya, kesemua amaran ada di dalam kitab secara Maqruah (boleh dibaca) serta ada di sekitar kita secara Manzurah (penglihatan)…..
Selamat berfikir.
Muhammad Nuruddin Bashah
UM Main Library
p/s: jadi pada rakan2 diluar sana.. jangan cepat melatah dan menyangka bukan2.. sebaliknya kembali kepada fitrah kita sebagai seorang islam.. seandainya merasa takut ikut apa yang Baginda s.a.w dan sahabat buat.. ok. alhamdulillah ribut pn sudah reda meskipun dada langit kelihatan masih kelam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan