Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Isnin, 19 November 2012

:: Resepi Ayam Masak Ungkep (Jawa Style)


Assalamualaikum w.b.t sahabat yang ku kasihi~~~

^_^ finally.. after second try masak resepi ni akhirnya menjadi (sebelum ni pn jadi jugak..cuma xcemerlang cam ini hari..(n_n)v

first try ai tu hangit sebb syok sangat layan fb sampai lupa nk tutup api dapur.. conclusion nye hangit.. but yg elok still leh makan.. huhu
ini hari jaga dengan elok..so da xhangit da.. ok jum ana nk kongsikan dengan readers sume resepinya.. those yg nk try dialu-alukan... ^_^

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

ok..selamat mencuba naa~~ ehh jp, resepi ni ana kutip dari blog Dapur Tanpa Sempadan ^_^ syukran admin kerana sudi share resepinya ye...
.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com