1.Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda saw akan menyapu mukanya dengan tangan.
2.Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran.
Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah Rasulullah saw bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu wajahnya dengan tangan , kemudian baginda saw membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)
Baginda saw berdoa :
Yang bermaksud : Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)
3.Baginda saw terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna.
Dalam hadis yang bermaksud : Apabila Rasulullah saw bangun dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)
Baginda saw akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali.
Rasulullah saw telah berkata : Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)
#Kesimpulannya: Apabila Rasulullah saw bangun sahaja daripada tidur, maka baginda terus membaca ayat suci Al-quran serta memuji kebesaran Allah swt. Ini adalah satu contoh ikutan terbaik untuk kita amalkan pada setiap pagi. Kehidupan Rasulullah saw telah membuktikan bahawa setiap amalan kita selama sehari semalam adalah ibadah, seperti firman Allah swt yang bermaksud :
Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. Adz-Dzariat ayat 56.
Semoga kita beroleh kekuatan untuk mengamalkannya.
Nota : Dipetik daripada buku (1000 sunnah dan sunnah pada waktu siang dan malam) oleh Majdi Fathi Al-kahil terbitan maktabah As-shofa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan