Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Rabu, 20 Julai 2011

~Hurm..Bagaimana Pula Kalau Cinta Xd'restui Orang Tua?~

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca-pembaca sekalian. Hmm berbicara tentang cinta tidak semuanya indah kan? bagaimana pula mereka yang bercinta namun cinta tehalang disebabkan kedua ibu bapa? Jom ikut ana baca kisah selanjutnya...n_n

Beberapa bulan yang lepas, kelas HM1151C1 & 1C2 kecoh dengan suara-suara pelajar yang mengajukan pelbagai soalan kepada Ustazah Habibah. Topik hari itu sungguh hangat iaitu " Nikah". Hmm..dah boleh agak kan... kesian melihatkan ustazah terpaksa melayan kerenah kami. Antara soalan-soalan yang diajukan..

"ustazah,kalau saya nak kahwin 4 boleh x?" tanya seorang pelajar..
"boleh..tapi tengok pada kemampuan kamu..kalau kamu cukup sifat dan mampu untuk berlaku adil silakan.."
"haa..kalau suami ustazah nak kahwin ramai ustazah bagi ke?" tanya pelajar lain..
ustazah terdiam sebentar..kemudian menyambung bicara..
"urmm..tengok lah..kalau ia mampu berlaku adil..saya bagi.."hurm..mungkin ustazah nak menyedapkan hati kami kut..

     Ana juga tidak ketinggalan untuk bertanya..apabila ana mula bertanya, semua pelajar senyap..fokus kearah ana..mungkin mereka ingin turut sama mendengar soalan itu..
    "ustazah, bagaimana pula kalau kita bercinta...si lelaki dan si perempuan dah buat solat istikharah,masing-masing diberi petunjuk oleh Allah..tapi ibubapa pula tidak merestui atas alasan si lelaki lebih muda atau xmampu untuk tanggung kehidupan si perempuan itu?"
     "urm soalan ni bagi pihak diri siapa?awak ke?" mengangguk tidak menggeleng tidak..ana hanya mendiamkan diri..
          "hmm..teringat saya pada satu kisah ni..ianya terjadi pada sahabat saya. Dia jatuh hati pada seorang pemuda yang hanya bekerja kilang manakala dia pula lulusan ijazah sarjana muda perguruan.. apabila kedua ibu bapa pihak perempuan mengetahui perhubungan mereka, ibu pihak perempuan mati-mati tidak mengizinkan anaknya berhubungan dengan pemuda tadi..ye lah anaknya ada ijazah manakala lelaki hanya bekeja kilang..mana nak setaraf. sehinggalah tiba hari akad nikah sahabat saya itu..ibu nya masih lagi tidak merestui hubungan anaknya ..kebencian itu jelas tergambar apabila dia bertindak menyorokkan cincin pernikahan anaknya. Allahuakkbar.. akad nikah diteruskan juga disamping doa didalam hati mudah-mudahan dilembutkan hati ibunya ketika itu. dan dengan izin Allah s.w.t..selesai akad nikah tiba-tiba ibunya datang peluk si anak..dan terus merestui pernikahan anaknya..jadi kesimpulannya disini..kita jangan berhenti berharap dan berdoa agar Allah sentiasa melembutkan hati kedua ibu bapa kita.."

Hmm..lega hati ana mendengarnya..mungkin anda juga..n_n..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com