Assalamualaikum w.b.t..entri kali ini ana tujukan khas buat adik kesayangan ana(Ina) yang sekarang masih lagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi (Perempuan), Pasir Pekan.
Bicara tentang cinta..xpernah ada kesudahannya..kerna fitrah manusia sememangnya ingin rasa dicinta dan mencintai. Namun cinta yang macam mana harus kita kejar? Ia nya mudah..
( Ar-Ruum 21 ) Islam memberkati setiap hubungan percintaan di antara lelaki dan wanita selagi mana ianya berpandukan hukum syara' dan tidak melampaui hadnya, serta cita-cita mereka adalah untuk membina rumahtangga dan bukan di atas dasar sekadar untuk bersuka-suka.
Wajib bagi setiap pasangan yang bercinta agar menyatukan antara cinta dan Akhlak kerana cinta adalah naluri kecenderungan antara dua jantina yang berbeza manakala akhlak pula adalah sebagai benteng yang menghalang dari berlakunya perkara yang melampaui batas. http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t13116.html
Wajib bagi setiap pasangan yang bercinta agar menyatukan antara cinta dan Akhlak kerana cinta adalah naluri kecenderungan antara dua jantina yang berbeza manakala akhlak pula adalah sebagai benteng yang menghalang dari berlakunya perkara yang melampaui batas. http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t13116.html
Sabda Rasulullah s.a.w..
"Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Kahwinilah wanita yang baik penghayatan agamanya, sudah tentu engkau akan mendapat ketenteraman."
"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini."
Berbalik pula pada soal hati.. Tak salah kalau punya perasaan untuk bercinta tetapi patuhilah garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama...
Dalam pada itu ada juga diantara sahabat ana yang 'melarikan' diri dari cinta manusia semata-mata untuk mengejar cinta Yang Esa. Ana tidak kata salah..namun seperti yang ana katakan tadi sememangnya fitrah manusia Allah ciptakan sebegini rupa.. cinta itu suci namun bergantung pada individu bagaimana harus dicorakkan cinta itu agar ianya menjadi sebuah cinta yang indah dan dalam masa yang sama tidak melanggar garis paduan yang telah ditetapkan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan