Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Isnin, 17 Oktober 2011

:: 2 Kisah Mukjizat Selawat ::

Assalamualaikum w.b.t buat pengunjung2 setia blog ana.. n_n.

Pertama sekali ana mohon maaf pada pengunjung2 setia blog ini, diatas kelewatan mengupload entri baru.. ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. :'(

Ok..Entri malam ini ana nak sentuh sedikit sebanyak tentang betapa besarnya pahala selawat., yang kadangkala kita sebagai manusia tidak sedar dan memandang ringan hal-hal seperti ini.. Macam mana ana boleh terfikir untuk membincangan hal ini? terima kasih diucapkan pada majalah kesukaan ana iaitu "Hidayah" kerana memaparkan kisah2 mukjizat ini pada keluaran kali ini.

Disini ana mahu mengongsikan sedikit sebanyak kisah yang telah ana baca.. bukan niat mahu mengeploitasi hak sesiapa.. tapi sekadar mahu berkongsi ilmu.. sesuai dengan ajaran Nabi kita Muhammad s.a.w yang menyeru agar disampaikan ilmu itu pada saudara kita walaupun sepotong ayat.


KISAH SEORANG IBU, ANAKNYA DAN SELAWAT NABI


Dikisahkan, ada seorang wanita yang memiliki anak yang jahat dan hari-harinya dilalui dengan lumuran dosa. Si ibu yang merupakan wanita solehah, menyedari akan kelakuan anaknya itu sepastinya merasa gelisah akan perlakuan buruk anaknya itu. Lalu dinasihat kepada anaknya agar segera meninggalkan perbuatan buruk itu dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik. Namun, anaknya tetap berdegil.. tidak menghiraukan nasihat si ibu.. ia terus menerus melakukan maksiat kepada Allah sehinggalah tiba ajalnya. Maka bersedih lah si ibu demi melihat keadaan anaknya yang mati  tanpa sempat bertaubat itu, dimana si ibu tidak melihat satu sisi pun dari kehidupan si anak yang akan menyelamatkannya di hadapan Allah kelak.
Pada suatu malam, ketika si ibu tertidur.. ia bermimpi akan anaknya yang sedang diseksa oleh malaikat penjaga kubur. Dan akibatnya makin bertambahlah kesedihan si ibu. Pada  malam berikutnya si ibu masih bermimpikan anaknya.. namun, kali ini ia melihat anaknya dalm keadaan yang jauh berbeza dari mimpi sebelum ini.. Kali ini ia melihat si anak diperlakukan dengan begitu elok dan berada dalam keadaan yang sangat bahagia. Lalu ditanya pada si anak.. "apakah gerangan yang membuatkanmu diperlakukan sebegini elok? sedangkan ketika hayatmu..setiap hari bergelumang dengan dosa?" lantas si anak menjawab.. "wahai ibuku.. di suatu ketika aku terlihat ada beberapa orang kampung sedang mengusung jenazah..lantas ia melintasiku.. dan jenazah itu aku kenal..dan ketika hayatnya perlakuannya jauh lebih buruk dariku.. lalu aku turut mengikut mengiringi jenazah tersebut hingga sampai diperkuburan.. ketika itulah aku berfikir bahawa lelaki sial itu sepastinya akan ditimpa huru hara akhirat akibat perbuatan maksiatnya. dan tiba-tiba aku menangis dan membayangkan diriku juga akan ditimpa azab yang sama. Pada saat itulah aku menyesali semua dosa2ku..dan bertaubat sebenar2 taubat. kemudian aku membaca al-Quran dan selawat Nabi s.a.w sebanyak sepuluh kali dan membacakan selawat kesebelas kalinya dimana pahalanya aku sedekahkan pada ahli kubur tadi. Dari situlah Allah memperlihatkan betapa Dia Maha Pengampun lalu diampuni semua dosa2ku dan aku diberi nikmat sepertimana yang engkau lihat sekarang ini.. wahai ibu..ketahuilah bahawa selawat ke atas Nabi s.a.w telah menjadi cahaya didalam kuburku dan juga menghapus dosa buat yang hidup mahupun yang telah meninggal...
dipetik dari : http://maulabasyaiban.blogspot.com


MALAIKAT DAN SELAWAT UMAT NABI


Dalam sebuah hadis, diriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda ; "Ketika aku diperjalankan pada malam hari untuk mikraj ke langit, aku melihat malaikat yang memiliki seribu tangan dan disetiap tangan nya terdapat sribu jemari. Ketia ia sedang menghitung setiap titisan hujan , ia menghafal setiap titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi. Aku bertanya kepada malaikat itu, ' Apakah kamu mengatahui jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia?' ia menjawab ' Ya Rasulullah,demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran kepda makhlukNya, aku tidak hanya mengatahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, malah aku juga mengatahui secara terperinci berapa jumlah titisan hjan yang jatuh dilautan, di daratan, di perkebunan, di bangunan dan di perkuburan. Aku berkata ' aku kagum dengan kemampuan menghafal serta ingatan mu dalam perhitungan' . Ia berkata , 'Ya Rasulullah, ada yang tidak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan perhitungan tangan dan jari jemariku. Aku bertanya ' perhitungan apakah itu?' lalu ia menjawab 'aku tidak sanggup menghitung pahala selawat yang disampaikan oleh sekelompok umatmu ketika namamu disebut di dalam suatu majlis. " (Al- Mustadrak)

Subhanallah.. betapa hebatnya pahala orang-orang yang sentiasa berselawat kepada Nabi s.a.w.. begitulah sedikit sebanyak kisah yang dapat ana kongsikan pada malam ini. diharap anda semua dapat mengamalkan amalan ini tidak kira sesibuk manapun kita.. amalkanlah berselawat tanda kehormatan kita pada Junjungan besar Muhammad s.a.w.. Wassalam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com