Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Isnin, 17 Oktober 2011

:: Menyingkap Lembaran Hidup Admin ::

Assalamualaikum w.b.t dan salam ta'ruf buat saudara seagama..

Tergerak rasa hati ingin mencoret sedikit perihal tentang diri sendiri.. Dikesempatan yang ada ini ana mohon maaf sekiranya segala pengisian blog ini  tidak memberi kepuasan pada mana-mana pihak. Mungkin ada diantara kalian yang mengharapkan pengongsian ilmu yang lebih mantap bersesuaian dengan tajuk blog ini.. namun apapun ana mohon maaf.. ana hanya mampu berkongsi tentang apa yang ana tahu sahaja.. untuk melebih2 dalam berdakwah ini tidak lah dapat ana lakukan.. kerana diri ana sendiri pun masih mencari2 jalan yang mana harus ana pilih.. harus ana tuju..

Mungkin ada juga diantara kalian yang menyangka diri ana ini solehah serta berilmu pengatahuan.. kerna menerbitkan entri2 berupa dakwah.. namun, mahu ana tegaskan disini bahawa.. ana bukanlah seperti yang anda semua fikirkan..  ana cuma manusia biasa.. bukan lahir dari golongan alim ulama'..bukan juga berkelulusan sekolah agama.. dan bukan juga dari keluarga yang alim. Ana hanya seorang pemudi yang masih menuntut ilmu untuk melengkapkan fitrah kehiduan sebagai manusia. ana terbitkan blog ini kerana ada suatu malam ana terfikir.. apa yang ana mahu dalam hidup ini? dan apa yang ana hendak lalukan dengan ilmu yang ana peroleh? justeru hati kuat mengajak untuk berkongsi pengalaman -pengalaman hidup ana dengan rakan2 siber yang lain.. ana suka berkongsi apa yang ana tahu dan belajar.. kadangkala apabila kita menyampaikan nasihat dan teguran kepada orang lain secara terus terusan..akan timbul dihati kita " sampai bila diri tetap ditakuk yang lama..sedangkan kita mengajk org berbuat kebaikan..tapi kita?" sedikit sebanyak ia juga akan memberi kesan pada nurani kita.. sebab itulah ana wujudkan blog ini.. disamping menyampaikan dakwah pada rakan-rakan.. secara automatik kita muhasabah diri kita sendiri.. dan itulah yang cuba ana lakukan.. kerana tidak akan ada orang yang akan mengubah jalan hidup kita melainkan kita yang mengubahnya..

Maaf sekiranya anda rasa tertipu dengan lenggok bahasa dan segala apa yang telah ana perkatakan dalam blog ini.. tidak lain..niat ana hanya mahu berubah menjadi hamba yang lebih baik.. disamping mengajak rakan-rakan yang lain turut sama muhasabah diri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com