Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts

Jumaat, 21 Oktober 2011

:: Kisah Disebalik Ujian Hidupku ::


Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua pengunjung2 setia blog ini..

Malam ini ana nak kongsikan sedikit pengalaman hidup ana dari kecil sampai awal tahun 2010. Cerita ni kadangkala bila ana ingatkan balik terbit segaris senyum dibibir..namun adakalanya mutiara putih turut bergenang ditubir mata tanpa disedari..pokoknya cerita ini mempunyai seribu satu rasa..

Ana anak sulung dari empat adik beradik, yang lainnya semua lelaki. Biasa lah bila anak sulung, perempuan pula tu macam-macam kerja terpikul di bahu kita. Bila ada yang bergaduh, kita yang disalahkan..bila ada benda yang tidak kena kita juga disalahkan..kadang-kadang ana rasa terbeban.. dan rasa nak jerit je pada dunia kenapa semua mesti ana yang tanggung? sedangkan adik-adik enak menghuru-hara keadaan. Hubungan ana dengan umi dan abah tidaklah terlalu rapat sehingga dapat berkongsi kisah peribadi.. sebabnya dari kecil perwatakan umi sangat garang. Abah pula sebaliknya.. ana lebih senang dengan abah.. sebab dia mudah dibawa berbincang. Walaupun begitu ana masih tidak mampu menyuarakan hal-hal peribadi. Disebabkan hubungan kami seperti ini.. ana lebih suka menyepikan diri.. kadang2 kalau bermasalah ana akan mengurung diri dalam bilik.. dan menangis sepuas2nya.. begitulah keadaan ana berbelas-belas tahun yang lepas. Umi seorang yang amat pentingkan pendidikan, abah pula menjurus pada hal ehwal agama. Pernah juga ana dan adik2 dikurung, dirantai pada pokok, dirotan dan dibiar tidur diluar rumah gara-gara perangai kami yang suka mencetus pergaduhan dan sikap malas mengaji dan belajar. Perit tu memang perit, tapi masa tu jiwa budak2..hanya tahu bermain aje. Tapi Alhamdulillah kerana sikapnya yang garang kami membesar dalam keadaan terjaga.. 

Apabila meningkat dewasa, dan berpindah rumah.. masing-masing sudah pandai bergaul..dan umi pun tidaklah sampai merotan atau sebagainya. tapi masih lagi dicop sebagai ibu garang. Ana pula semakin hari semakin hanyut.. entah lah.. bila disuruh solat..macam-macam ana buat semata2 nak kaburi padangan orang tua yang ana sudah solat.  Masa tu umur dah mencecah 10tahun. Bila fikir balik ana rasa bodoh sangat..kenapa ana abaikan solat.. kalaupun ana solat..ana tak rasa apa-apapun.. tinggalkan solat pun xmemberi kesan pada ana. Sampai la umur ana 14tahun.. masa tu malam, ana sedang lepak-lepak dekat ruang tamu sambil mendengar radio di telefon bimbit. Secara tak sengaja ana tertekan frekuensi radio IKIM.FM yang sedang memutarkan alunan2 nasyid dan zikir. Ana terpukau dengan alunan zikir tersebut.. sehinggakan malam-malam berikutnya pun ana tetap mengikuti siaran IKIM.. bila dah berminggu-minggu ana ikuti siaran radio itu..tiba-tiba terbit rasa bersalah pada diri.. disekolah orang selalu panggil ana ustazah..sebab ana selalu memberikan "ceramah percuma" pada kawan-kawan jika ada perkara yang mereka lalukan tidak kena dan tidak elok dipandangan. Kadang-kadang ana boleh bercerita itu dan ini.. membicarakan hukum hakam sesuatu perkara tanpa ragu bila ditanya oleh kawan.. Jadi, malam itu hati mula timbul rasa bersalah pada diri sendiri.. ana bermonolog sendirian.."aku ni kalau sentuh soal agama kebanyakan semua boleh cakap..tapi sembahyang entah kemana..". Ana menangis.. tak tahu nak buat apa.. Esoknya ana mulakan solat.. gagahkan juga diri untuk cukupkan 5waktu.. ana berdoa moga2 Allah beri jalan buat ana agar tidak malas menunaikan solat. Masa 2 ana ingat ustaz ada cakap bila kita selalu mengerjakan sesuatu lebih dari 40kali ianya akan jadi kebiasaan.. dan dari situlah.. ana cuba untuk cukupkan sehingga 40kali..namun Allah itu Maha Kuasa.. tidak sampai 30kali pun..ana sudah dapat membiasakan diri untuk mengerjakan solat 5waktu. Allahdulillah.. syukur kehadrat Illahi..

Pada pertengahan tahun 2008..ana sekali lagi diuji.. diuji dengan masalah keluarga dan juga hubungan dengan teman. Masalah apa dan bagaimana biarlah ia menjadi rahsia. Namun ketika itu ana rasa tertekan sangat. Kadang-kadang rasa macam nak putus asa aja.. tapi ana tahu Allah membenci hambanya yang mudah berputus asa. Justeru.. dari situ.. dibekalkan sedikit pengatahuan yang diperoleh dari pembacaan, pedengaran dari media2 massa dan juga perkongsian dari teman2.. ana cuba bangkit.. rapatkan diri pada Sang Pencipta.. Dan berdoa..agar didatangkan pada ana seseorang yang mampu membimbing diri ini agar tidak jatuh dan tidak lemah pada ujian dunia.. Kemuncak masalah yang dihadapi ialah pada pertengahan 2009..Selepas beberapa bulan ana mengadu..merintih.. Allah telah datangkan seorang hamba ini untuk membimbing dan juga memberi kata semangat agar tidak mudah menyerah pada ujian dunia.. Bila difikir balik..terasa hendak ketawa.. rupanya sangat dekat utusan Allah itu dengan diri ini..permulaan perkenalan kami ialah.. dia itu merupakan saudara ana sendiri.. yang hari2 ana perhatikan gerak gerinya..sebab ketika itu ana mengaku sememangnya ana terpikat pada rupa parasnya. Tapi mengenalinya bukanlah sesuatu yang mudah.. dia sangat anti pada perempuan.. sangat pemalu dan sangat menjaga pergaulan.. tapi ana tebalkan muka .. Alhamdulillah dia menyambut salam perkenalan ana. Dari hari kehari..banyak yang dia cerita pada ana.. tentang islam.. tentang kisah nabi.. hukum hakam dan sebagainya.. tapi yang membuat ana malu .. dia tidak segan menegur cara ana berpakaian dirumah.. yelah ana selalu mendedahkan rambut dan berseluar 3suku bila berada di beranda rumah.. tambahan pula rumah ana selalu menjadi tumpuan sepupu sepapat lelaki melepak.. dari situlah ana mula nampak pada dirinya.. walaupun perwatakan dia seperti itu tapi langsung tidak menyerupai tingkah lakunya.. ana bersyukur sangat dipertemukan dengannya..

Bulan berganti bulan.. ana pula semakin suka untuk beribadah.. setiap apa yang ana pinta..pasti terkabul.. ana dapat merasai kemanisan beribadah.. dia pula tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan ana.. banyak perihal tentang dirinya yang membuat ana kagum.. tapi ana takut jika ana ceritakan disini orang akan mensalah tafsirkannya.. dan ana juga tidak mahu menjadi seorang yang lupa diri dan riak.. tentang apa yang ana rasa.. dan kelebihan yang ana peroleh itu semua urusan Allah s.w.t.. cumanya ana mahu berpesan.. segala amal ibadat yang kita lakukan..bukan lah dinilai dari segi berapa banyak yang kita lakukankan..tapi ianya dinilai oleh keihklasan hati... amal tanpa rasa ikhlas..tidak menjanjikan apa2.. 

Sebelum mengundur diri..suka ana sebutkan disini.. bersyukurlah buat kaum muslimin kerana kita diberi senjata yang amat berguna yakni DOA.  Dan buat saudara2ku yang bernasib kurang baik.. jangan bersedih..jangan merungut.. ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang mengingatinya.. Lambat atau cepat itu semua urusan Allah s.w.t.. yang penting kita harus sentiasa bersabar. Ana bukan ingin berlagak bijak atau  sebagainya.. ana juga masih seperti anda.. masih menunggu serta mencari pelengkap hidup dan jalan yang betul2 akan membawa ana kepada keredhaanNya.. Nasihat ana.. sama2 lah kita ikhlaskan hati dalam apa jua yang kita lakukan dan belajar untuk bersabar atas musibah yang Allah berikan buat kita.. 
Salam Sayang buat semua saudara2 seislamku....n_n


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com