Assalamualaikum & salam sejahtera.
Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Moga kita sentiasa dlm rahmat & kasih sayang Allah.
Entry ini agak panjang. Pastikan minum 2 gelas air dulu sebelum baca. ^__^
13 Oktober 1990. Tarikh saya dilahirkan ke bumi ini.
OK, permulaan yg sangatlah awkward, tapi abaikan.
Saya rasa artikel ni akan lebih rasa macam baca karangan ❝Kalau saya sepasang kasut…❞ berbanding dgn artikel lain yg ada dlm website ni sebabnya BM penulis tidaklahhebat mana. Sebabnya orang yg menulis ni orang Melanau. Boleh terima tak alasan tu?
OK. Sambung balik.
Saya dilahirkan di sebuah bandar (sekarang dah jadi bandaraya) yg agak kecil di Sarawak. Parents saya dua² beragama Kristian Katolik. Mummy saya memang Kristian dari kecil tapi daddy saya masuk Kristian bila kahwin dgn mummy. Kalau dekat Sarawak, isu orang yg tak beragama memang common so macam tak hairan sangatlah. Tapi tiada agama tak bermakna mereka pergi sembah pokok ke apa. They just don’t have a God to believe in, cumanya they did believe in something. Percaya pantang larang & sebagainya.
Teringat masa kecil² dulu, terjatuhkan kuih dekat lantai lepas tu nenek tak bagi saya kutip & makan sebab dia kata, kalau makanan jatuh tu meaningnya moyang yg dah meninggal nak makan. So I was like, heh? And terus tak jadi makan sebab macam takut pulak kot² kalau kutip juga nanti dah malam tak dapat tidur sebab roh moyang kacau. Seriau. Huhu.
So, saya lahir² je dah dijadikan seorang Kristian Katolik but then, saya tak pernah nak ikut agama tu sebab saya tak percaya. Masa tu budak² lagi & there’s this one time, masa tengah dengar khutbah dari paderi, he mentioned about the Father, the Son & the Holy Spirit being God. Yes, you heard, eh, read me right. Trinity. The three-in-one concept. Kalau tak tau & tak pernah dengar, boleh kot saya nak terangkan sikit².
Basically, macam ni la, bila kita tanya dekat orang Kristian,
❝Tuhan dlm agama Kristian ada berapa?❞
Mereka akan jawab,
❝Tuhan ada satu.❞
Tapi bila kita tanya balik,
❝Kalau Tuhan ada satu, then Tuhan Bapa (Almighty God) tu apa? ❞
❝Tuhan.❞
❝Tuhan anak (Jesus Christ)?❞
❝Tuhan.❞
❝Roh Kudus (Holy Spirit)?❞
❝Tuhan juga.❞
❝Then ada tigalah kan? Tiga Tuhan?❞
❝Tak. Dia tiga dlm satu.❞
I know, macam susah nak cari logiknya di situ but then again, this is what they believe. Dan kalau kita try nak push lagi, mereka akan start rasa restless & cakap,
❝Ini urusan Tuhan, bukan urusan manusia. What we do as human is to believe. That’s it. ❞
Tapi itulah persoalan yg saya ajukan dekat mummy saya.
❝Mummy, kalau Almighty God tu Tuhan then Jesus tu apa? ❞
❝Jesus is God dear. ❞
❝Then siapa yg Tuhan sebenarnya? Sebab Jesus kan datang kemudian. ❞
❝Jangan tanya. Tak elok persoalkan agama. ❞
❝Ok. ❞
Bagi seorang budak hingusan ketika itu, obviously saya akan percaya je apa² yg mummy saya cakap. So tertanamlah satu idea dlm kepala saya ketika itu, iaitu agama jangan dipersoalkan, no matter how illogical it may seem.
Tapi fitrahnya seorang manusia menginginkan kebenaran & ketika itu, saya cukup tak berpuas hati dgn jawapan ‘Jangan tanya’ tu. Rasa macam ada something is not right. So sejak tu, saya pergi church tapi saya tak pernah rasa happy. Saya rasa saya tak sepatutnya pergi sebab saya tak percaya. But I did believe in the existence of God. At least, the existence of the Higher Power yg control semua benda. Cuma saya mencari, siapa Tuhan saya ketika itu. Jadi saya follow je agama saya buta² sebab saya tak tau nak percaya apa sampailah one day, saya dapat surat tawaran utk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh di semenanjung.
Terus terang saya cakap, life saya dekat rumah masa tu memang rasa macam torture. Torture apa? Saya tak perlu nak disclose dekat sini tapi pendek kata, bila saya dapat surat tu saya terus cakap saya nak pergi walaupun saya tau saya akan berjauhan beribu² batu drpd rumah. And that’s exactly what I want pun. To be free.
Bila tengok saya bersungguh² nak pegi, parents saya pun bagi. I was just 13 at that time. Tinggi pun 126 cm je (seriously). So dlm awal Februari 2003, saya berangkat ke KL naik kapal terbang seorang². Lepas tu, on the 17th of February barulah saya pergi daftar dekat sekolah tu & bermulalah satu episod baru dlm hidup saya ketika itu.
Tak pernah pun terlintas di fikiran saya yg sekolah ini akan menjadi permulaan kpd segala²nya, permulaan kpd pencarian saya kpd satu persoalan yg kerap mengganggu fikiran saya,
❝Siapakah Tuhan saya yg sebenarnya? ❞
Hmm. Siapa ya?
Dah hampir seminggu sejak saya mendaftar dekat sekolah tu. Awal² tu memang ada masalah sikit nak communicate sebab saya just pandai cakap Bahasa Melayu baku. So memang awal² dulu boleh kata macam Kamus Dewan bergerak juga kot & selalu kena gelak. Heh. Tapi dlm masa dua minggu, saya dapat master Bahasa Melayu semenanjung (well, not really. More like cakap KL) & dapat fit in dgn bahagianya.
Cuma masa awal² tu saya macam kena pulau sekejap sebab tak pakai tudung. Yeap, memang pelik kena pulau sebab tak pakai tudung padahal saya bukan Muslim pun masa tu tapi ada confusion sebab nama saya guna ‘binti’ dekat belakang. Kalau dekat Sarawak, orang Melanau memang guna ‘bin’ dgn ‘binti’ regardless of their religion. So rupa²nya ramai tak puas hati dgn saya masa tu sebab seolah² saya dapat special treatment. Kononnya. Then bila mereka dah tau, barulah ada orang nak kawan dgn saya. Kalau tak, memang forever alone kot. Huhu.
Cuma yg saya terfikir masa tu, kenapa pula tak puas hati bila saya tak pakai tudung? Maksudnya macam seolah² orang Islam ni sebenarnya dipaksa utk pakai tudung. Bila tengok kawan² yg bertudung selalu tanya mereka,
❝Tak panas ke?❞
And of course, mereka mungkin tak sedar apa efect jawapan mereka masa tu & terus jawab,
❝Haah, panas. Untunglah kau tak payah pakai.❞
So agak² apa yg saya fikir pasal Islam masa tu? Tapi Alhamdulillah, saya tak terkesan sangat pun dgn jawapan tu & saya rasa mungkin faktor persekitaran juga yg mempengaruhi minat saya terhadap Islam sebab masa tu dlm satu sekolah, saya seorang je yg beragama Kristian Katolik.
So memang sepanjang saya duduk dekat sekolah tu, saya tak pernah pergi gereja. Balik rumah pun setahun sekali, that is masa cuti akhir tahun. Jadi saya rasa Allah sengaja letakkan saya dlm keadaan macam tu supaya saya jadi lebih attached pada kawan² berbanding parents saya sendiri.
Lepas tu bila saya naik form 2, saya pernah difitnah mencuri & mungkin saya easy target masa tu sebab,
1. Saya bukan Muslim, so saya takkan teragak² nak buat jahat.
2. Saya duduk dekat Sarawak, so mesti saya ni miskin.
Wallahualam, saya tak tau kenapa tapi itulah sebab² yg dapat saya fikirkan masa itu. Tapi sebab saya dituduh semberono tanpa usul periksa, satu batch pandang buruk dekat saya & masa tu, even kawan baik saya sendiri tolong mereka buat ‘siasatan’ ke atas saya.
Dan saya bukan bertujuan mengungkit & tak saya nafikan benda ni masih saya tak dapat lupakan. Kpd sesiapa yg terlibat kalau terbaca artikel ni, saya dah lama maafkan sejak form 3 dah & saya cuma cerita balik for the purpose of nak bagi pengajaran.
Saya masih ingat bila saya dituduh tu, saya defend diri saya & cakap saya tak bersalah. Orang yg tuduh saya tu cakap nanti dia nak bagi air Yassin supaya saya dapat pembalasan sebab makan harta curi. Then saya pun balaslah balik,
❝Aku tak takut sebab aku tak salah.❞
❝Ah, kalau tiada effect pun yg aku tau, kau kafir, kau masuk neraka!❞
Lepas dia cakap macam tu, dia terus pergi meninggalkan saya menangis seorang² dlm kelas. Apa yg menyedihkan saya bukanlah the fact yg dia cakap saya kafir sebab apa yg saya faham masa tu, kalau bagi orang Islam orang yg bukan Islam tu semuanya kafir. Yg buat saya sedih tu bila dia kata saya akan masuk neraka. Tapi Alhamdulillah, walaupun dia cakap macam tu saya tak terus blame orang Islam & kata,
❝Ah semua orang Islam ni sama je. Pandang rendah dekat yg bukan Islam.❞
Dari situ saya perasan, bila ada something yg teruk jadi macam kes kecurian for example, even kes syampu kena kebas (ni biasa jadi dekat yg duduk dekat hostel), lebih mudah utk menuding jari dekat yg bukan Islam dulu. Bagi saya, penting utk kita bukan sahaja bersangka baik dekat saudara seMuslim kita tapi juga pada orang yg not yet Muslim (sounds more optimistic than non Muslim). Saya bukanlah pro-not yet Muslim ni sebab I was once a non Muslim. Bukan. Saya rasa ini adalah common sense. Selagi orang tu tak terbukti bersalah, janganlah nak tuduh apa². Simple.
Dan dari apa yg saya pernah baca, seseorang tu hanya dirujuk kpd seorang yg kafir/kuffar setelah kita menyampaikan ajaran Islam kpdnya & dia menolak. Kata kunci di sini ialah menolak. So, selagi kita tak preach dekat dia pasal ajaran Islam atau tak pernah lagi dia tau pasal ajaran Islam, bagi saya jangan memandai² nak melabel sebab kita tak tau apa yg ada dlm hati dia.
And based on my own experience, memang saya tak Muslim lagi masa saya form 2 tu tapi saya percaya pada wujudnya Allah cuma tidaklah saya nak cakap dekat orang sebab takut orang fikir bukan². Yes, true story. Dan saya berani cakap, saya rasa bukan saya je yg rasa macam tu.
Agak², berapa ramai yg not yet Muslim kena label as kafir sebelum sempat didakwah ek?
Since then, dah hampir 5 tahun belajar dekat sekolah tu. Dan makin lama, makin malas nak ke kelas Moral. Aha. Ingat lagi masa kelas agama, usually yg non-Muslim akan keluar sebab ada kelas Moral pada masa yg sama, tapi biasanya saya akan stay sebab kadang² cikgu yg mengajar Moral tiada. So duduklah dlm kelas dengar ustazah mengajar. Ustazah pun tak kisah so dengar jelah. Sebenarnya, saya punya interest tu more to sirah Nabi sebab saya perasan ada banyak persamaan antara kisah Nabi dlm al-Quran & kisah² rasul dlm bible. Was not really a good Christian so macam tak tau sangat. Tapi saya perasan, ada satu je nabi yg tiada disebut dlm bible, that is Nabi Muhammad s.a.w. So masa tu macam selalulah rasaconfused & selalu ada persoalan ni,
❝Kristian tiru Islam ke Islam yg tiru Kristian?❞
Masa tu pula saya rapat dgn ada seorang kawan Indian ni. Dia beragama Hindu & ada satu masa tu saya pergi balik rumah dia sebab rumah saya kan jauh nun di Sarawak. Sayainterested tengok dia punya cara sembahyang & being a curious person. (mungkin lebih kpd ‘suka menyibuk’ sebenarnya. Hehe…) Saya pun tanya² pasal agama dia & dia kata agama Hindu adalah agama yg tertua di dunia. So I was like, oh yeah? Masa tu dah start confius sebab macam tak tau mana kedudukan both agama Kristian dgn agama Islam kalau dia kata Hinduism yg paling awal muncul, tapi then decide utk malas nak fikir sangat.
So saya go on dgn hidup saya macam biasa cumanya saya start rapat dgn group budak²naqibah masa dekat sekolah masa tu. Selalulah menyibuk nak ikut pergi surau, & kadang² tu ikut ada seorang member ni pergi surau time rehat sebab dia nak pergi solat Dhuha. Masa tu saya macam didedahkan sikit² dgn ibadah² sunnah tapi macam tak ambil pusing sangat sebab rasa macam tiada kaitan dgn diri sendiri.
Pejam celik pejam celik, sampailah masa utk sambutan Maulidur Rasul. Biasanya kalau kat sekolah, since budak² semua tak balik kami akan buat pertandingan perarakan sempena Maulidur Rasul. Dan tahun tu, tetiba saya rasa nak join berarak & tetiba rasa menggatal naktry pakai tudung. Tak tahulah kenapa tapi masa form 5 tu lah macam saya expose habis saya punya minat dekat Islam. So on that day, saya pun pakailah tudung.
Once dah pakai, lepas habis berarak tu pun, saya still pakai lagi sebab saya tak rasa nak buka². Tak taulah kenapa tapi for the first time, saya rasa macam secure. I don’t know how to describe that feeling tapi terus terang cakap, saya bukan jenis yg pakai tak cukup kaineven before masuk Islam pun. Since kecil macam malu nak pakai skirt so biasanya saya akan pakai jeans & t-shirt. Dan saya suka pakai t-shirt lengan panjang. Selalu rasa macam malu sebab rasa macam exposed so bila pakai tudung tu, eventhough jadi pening² sebab tak biasa (panas), saya tak nak buka sebab saya rasa selamat.
Tapi of course lepas tu kena buka juga sebab peliklah kalau saya pakai tudung tiada reason. Tapi lepas tu, saya akan sentiasa cari peluang utk pakai tudung. Sampai even masa jamuan akhir tahun rumah sukan pun saya pakai tudung. Terkejut semua cikgu masa tu sebab tetiba pula nama saya kena panggil utk ambil sijil dekat pentas. Nak cabut tudung tak sempat sobayangkanlah betapa terketar² masa tu.
Pernah juga sekali, saya suarakan keinginan saya dekat kawan sebilik masa tu yg saya nak ikut dia pergi kuliah Subuh. So dlm kegelapan Subuh tu saya menyorok pakai tudung (camouflagelah konon) ikut pergi surau nak dengar kuliah Subuh. Rasa macam kelakar sebab orang lain macam mengantuk² tapi saya pula yg celik dengar ustaz tu cakap padahal tak faham satu apa pun.
Tahun tu juga, surau baru siap dekat asrama perempuan jadi selalu jugalah ikut kawan²naqibah melepak dekat surau tu. Selalu perhati, dari start mereka ambil wudhu sampailah ke bagi salam selepas sudah solat. Macam stalker pun ada tapi tu lah, I was that curious. Saya selalu fikir, kenapa mereka ni dgn tegarnya solat 5 kali sehari, setiap hari pula tu, sedangkan saya kalau balik rumah tu nak pergi gereja seminggu sekali for only 2 hours pun malas kot. Selalu fikir macam penatlah jadi Muslim sebab solat memanjang. Tapi macam amazed pun ada, sebab tak pernah pula dengar mereka merungut². Tak tahulah kalau ada yg merungut.
So satu hari tu saya tanya dekat seorang ukhti ni, kita namakan dia Bedah.
❝Bedah, best ke solat?❞
(Apa punya jenis soalanlah kan? Haha)
Pastu Bedah dgn tenangnya menjawab,
❝Best. Sebab bila solat, boleh luah semua masalah dekat Allah & bila dah sudah solat rasa tenang sangat².❞
Her answer got me thinking of course. Rasa macam, best sangat ke solat ni? Serious ke boleh rasa tenang? Masa tu terlintas rasa macam nak try solat sebab nak rasa sendiri ketenangan tu tapi of course mana bolehlah kan since saya bukannya Muslim pun masa tu in the first place.
Ada satu hari lepas tu, kawan saya pernah cakap, Allah mendengar doa orang² yg beriman. Lepas tu saya pun tanya, kalau non-Muslim nak doa dekat Allah boleh ke? Dia kata boleh, tapi Allah takkan dengar.
So one night, entah angin apa, tetiba tengah² malam macam tu kot, saya bangun & duduk atas katil. Teringat apa yg kawan saya cakap. Saya tak tahu kenapa, tapi masa tu saya dah nekad nak masuk Islam tapi saya fikir, after dah kerjalah kot sebab saya selalu dengar kisah²orang masuk Islam then kena buang family. Masa tu saya rasa sedih sangat tapi saya cuba utk ber’doa’ kpd Allah.
So saya tadah tangan & mula ber’doa’ macam apa yg saya pernah tengok kawan saya buat,
❝Ya Allah, Kau berilah aku peluang utk masuk Islam ya Allah. Aku tahu aku belum Islam lagi tapi aku harap Kau makbulkan doa aku yg ni. Aku tak kisah kalau Kau tak makbulkan doa aku utk cemerlang SPM ke, tapi kalaulah cuma ada satu je doa yg aku boleh minta, aku harap aku diberi peluang masuk Islam.❞
Betapa saya menginginkan Allah ketika itu. Hati saya yg sudah mula tersentuh dgn seruan azan ketika itu. Hanya Allah yg tahu betapa tingginya harapan saya agar Dia menjadikan saya seorang Islam.
Malam itu menjadi saksi saat air mata penuh pengharapan jatuh buat pertama kalinya, namun Allah lebih mengetahui sebaik² perjalanan utk hambaNya.
Di usia 17 tahun, akhirnya saya tahu siapa Tuhan saya tapi persoalan lain pula yg timbul lepas tu: Bagaimana saya mahu kembali padaNya?
Dan bila?
Habis je SPM, saya terus balik rumah. Masa dekat rumah tu, saya masih terbawa² perangai ‘malas nak pergi gereja’. Tapi kali ni, daddy saya kata saya dah tiada alasan utk tak pergi sebab saya dah balik rumah dah pun. I think my dad boleh rasa saya punya minat dekat Islam masa tu sebab bila saya balik rumah, saya bawa balik sekali pamphlet² yg saya dapat setiap kali Malam Tautan Ukhuwwah.
Dekat sekolah dulu, akan ada satu malam yg dinamakan Malam Tautan Ukhuwwah di mana malam tu, bagi saya peluang utk budak² perempuan pakai baju cantik² & akan adalah Muslimah fashion show etc. So setiap kali Malam Tautan Ukhuwwah juga, pihak SEMASHUR Islamic Society (yup saya ex-SEMASHUR hehehe) akan edarkan pamphlet or booklet & saya suka baca & I even bought one (sebab dijual). Saya suka baca especiallypasal ‘kenapa wanita harus menutup aurat’ etc. Macam pelikkan? Tapi itulah saya.
So bayangkanlah bila balik rumah tu, daddy & mummy saya nampak pamphlet/booklet yg berkaitan dgn Islam dlm almari saya. Lepas tu, start dari awal saya balik rumah mesti akan ada je yg daddy saya komen pasal Islam.
Dialog 1 (Lepas baca paper pasal isu gejala sosial)
Daddy: Tengoklah. Orang Islam yg paling banyak buat masalah sosial dekat negara ni. Pakai tudung pun kena tangkap khalwat, buang anak etc etc.
Saya: Oh. (dgn muka tiada perasaan)
Dialog 2 (Lepas baca paper pasal al-Arqam)
Daddy: Tengoklah ni. Orang Islam ni ekstremis. Fanatik. Teruk betul.
Saya: Oh. (dgn muka tiada perasaan)
So sebab saya selalu buat muka tiada perasaan, saya rasa daddy saya makin lama makin risau & dia sampai tak bagi saya contact dgn kawan² SEMASHUR. Walaupun daddy saya cuba nak ‘dakwah’ saya, tapi hati tu Allah yg pegang & tak pernah sekali saya termakan dgn apa yg daddy saya cakap. Bila daddy saya tak dapat nak affect saya guna cara tu, dia psiko (baca: saiko) saya guna cara lain pula.
Dia cakap,
❝Orang yg tukar agama ni tiada jati diri.❞
Terus saya macam doubt diri sendiri. Saya ni jenis yg mudah terpengaruh so saya mulaquestion apakah perasaan yg saya rasa terhadap Islam itu just sebab saya rapat dgn orang Melayu?
Lepas tu daddy saya pun ada cakap juga,
❝Semua agama ni sama je. Mana ada agama yg mengajak ke arah kejahatan?❞
Wah, memang kena perang psikologi habis²an. Boleh katalah masa tu, kalau sebelum daddysaya cakap macam tu saya punya level of belief tu boleh kata 100% tapi bila dia kata macam tu, saya terus rasa macam
❝Betul juga.❞
And level rasa nak masuk Islam tu turun by almost 40%. Hebat tak daddy saya? (Note: Dia cikgu kaunseling. No wonderlah pandai saiko² orang nih)
So saya terus jadi macam confused & mula rasa macam perhaps sebab saya dah lama tinggalkan gereja so sebab tu mudah terpengaruh. Dan daddy saya pun ada kata, selagi kita buat baik mesti kita masuk Syurga punya tak kiralah agama apa.
Lama², saya macam nak terpengaruh juga dgn daddy saya tapi saya fikir takpa kalau memang Islam ni jalan yg betul, nanti mesti Allah akan tunjukkan jalan. Terus saya teringat doa saya tu & saya terus mengharap yg somehow jalan saya utk masuk Islam akan dipermudahkan.
Somehow…
Tak lama kemudian saya mendaftar utk PLKN. Masa dekat PLKN, saya jumpa balik dgn kawan² masa saya sekolah rendah & one of them is a very devout Christian & dia ni memang aktiflah dekat gereja. So bila saya rapat dgn dia, saya start pergi gereja balik,willingly tapi saya masih question kenapa saya kena pergi gereja sebab saya masih tak boleh terima konsep trinity tu.
So bila saya dah mula selalu pergi gereja, saya mula ber’taubat’ sebab saya fikir maybe sayainclined dekat Islam sebab saya dah lama tinggalkan gereja. Memang lupa habis pasal niat nak masuk Islam masa tu.
Kalau dlm agama Kristian, ada satu benda ni yg kita (ok, bukan kita tapi mereka) kena buat kalau nak bertaubat, that is the upacara pengampunan dosa. So saya pergilah dekat boothpengampunan dosa tu & bila dah masuk saya cakaplah dekat paderi tu saya dah lama tak pergi gereja & saya dah banyak buat salah etc. (You have to spill it all out. Your sins. All of it.)
Then paderi pun bagilah saya ‘hukuman’ that is a few doa yg saya kena recite in order to ‘cleanse’ my soul. And by that, semua dosa saya akan dihapuskan.
After dah keluar dari booth tu, saya pun recitelah doa² tu tapi afterwards, saya masih rasa tak tenang.
Dan sebenarnya, saya selalu fikir, kenapa nak cakap semua dosa² kita dekat paderi tu? Bukan ke dosa ni urusan kita dgn Tuhan?
Dan lagi satu yg saya terfikir, macam mana kalau orang ni bunuh orang then dia mengaku dosa dekat paderi & was purified. Then esok dia bunuh orang lagi & mengaku dosa lagi & purified lagi. Was it really that easy? And is that fair?
Banyak yg selalu saya persoalkan when it comes to my religion back then & salah satu sebab kenapa saya minat dekat Islam masa tu ialah sebab never once did I question the teachings of Islam. Saya rasa Islam adalah agama yg logik & the reason yg ada orang Islam yg tak baik is because mereka tak ikut betul² agama Islam. I have always had high regards when it comes to the religion of Islam & never have I associated the behaviour of most Muslims to the teaching of Islam itself. Alhamdulillah for that sebab kalaulah saya tengok Islam pada Muslimnya, perhaps I’d rather stay being a Christian.
Sorry to say, but majority of Muslims, aren’t really portraying the deen nowadays. So yeah, kind of easy to imagine why certain people are reluctant to become a Muslim sebab ada certain not yet Muslims yg tak didedahkan sangat dgn agama Islam. Perhaps mereka sekolah cina/tamil so tak pernah bergaul dgn Muslims & mereka punya views of Islam totally dependent on the media (which doesn’t help much, with the ongoing politics issue & all) and also dekat how the Muslims themselves act.
Dan juga, the issue of halal & haram. Saya ingat lagi, dulu, kawan saya pernah tanya,
❝Makan babi tak?❞
Obviouslylah saya pernah makan. I was from a non-Muslim family so memang pernah je makan. And bila saya jawab makan, dia buat muka geli. Like I was something disgusting.
❝Babi tu sedap tak?❞
And saya macam reluctant nak jawab sebab dah dia buat muka macam tu. Truth is, I was really hurt by that. Bagi saya, of course saya tak gelilah sebab saya dah dibiasakan dari kecil.
Even daddy saya macam terasa kadang² bila ada relative yg dah Muslim yg tak nak makan dekat rumah kita sebab takut kami bagi makan makanan tak halal. Padahal mummy saya siap sorok kalau ada & masak pun akan prepare makanan yg halal supaya mereka boleh makan. Rasa macam orang Islam ni pandang rendah dekat non-Muslims semata² sebab kami makan ‘makanan tak halal’.
Tapi anyways yg lawaknya, bila bab makan pandai pula nak beza halal & haram, bila bab lain for example berjudi etc, okay pula nak makan hasil duit haramkan? Or bercouplepegang² tangan semua. Yg tu tak haram pula.
Eh, panjang pula membebel.
Moving on.
So bila dekat PLKN tu, kira saya macam ber’taubat’, kembali ke pangkal jalanlah lebih kurang. Pernah sekali saya macam menangis² dlm gereja sebab feeling habis masa tu rasa macam dah jauh meninggalkan Tuhan tapi tengah syok² nangis penuh penyesalan tu, tetiba kawan saya tegur,
❝Mana boleh nangis dlm gereja. Tak eloklah.❞
Then saya macam, eh, kacau daun betul. Terus terfikir, habis Tuhan ni ada time happy happy je ke?
Terus saya macam terflashback balik masa saya dekat sekolah dulu, saya selalu persoalkan kebersamaan saya dgn Tuhan. Bila sembahyang just once a week, takkanlah dgn Tuhan masa hari Ahad je? Dan Tuhan tu ada dekat gereja je ke?
So, you can imagine apa yang saya rasa bila saya tengok Muslims solat for like, 5 times a day & everyday pula tu & boleh solat di mana².
Like I said, the teachings of Islam ni, kalau fikir memang sangat logik & menepati fitrah manusia yg sentiasa memerlukan Tuhan bila² masa & di mana² sahaja. Dan itu apa yg saya fikir masa tu.
Tapi saya mula hilang arah balik. Lepas balik dari PLKN, saya masih ke gereja tapi saya masih rasa ada something yg tak kena dgn hidup saya. Ada something missing.
Something.
Beberapa bulan kemudian, saya dapat tawaran untuk ke Kolej Tanah Terbiar (bukan nama sebenar. Takut kena saman) di Sepang utk buat A-Levels utk buat Ijazah Doktor Pergigian di India. Bila mendaftar tu, daddy saya yg temankan & saya dapat satu rumah dgn 3 orang gadis Melayu.
Dlm satu apartment supposedly kena sama agama, but then saya rasa pihak kolej confiussebab nama saya ada ‘binti’. So mereka ingat saya Muslim tapi free hair. Aha. Tapi yg menariknya di sini, saya tak pernah jangka apartment tu yg akan jadi saksi lafaz syahadah saya approximately 4 bulan kemudian.
Ok sambung balik.
So, bila saya satu rumah dgn mereka, automatically saya punya curiousity switched onbalik. Sebabnya, this time I get to experience living with Muslims & for the first time, selama 24/7. Makan sama², pergi pasar malam sama² & bila mereka solat jemaah saya akan tengok & perhati je sampai habis.
Boleh kata masa dekat kolej tu, saya macam makin lama makin rasa tak tentu arah. Macam tak sure kenapa saya rasa kosong. So utk mengubat kekosongan tu, saya pun pergi karaoke, shopping sampai malam etc. Kononnya nak release tension. Tapi makin tension adalah.
Anyway, lama² saya rasa mungkin sebab saya ada close up view on how the Muslims start their day sampaila ke tidur, niat saya nak masuk Islam tu macam menyala² balik cuma saya masih dgn keputusan saya utk masuk Islam hanya selepas dah mula kerja. Sebab bagi saya masa tu, at least bila dah kerja dah independent & ada duit sendiri, so if anything happenssaya boleh survive.
So one day, tetiba saya rasa macam nak cerita dekat housemate saya pasal minat saya dekat Islam. Sebelum ni saya rasa mereka perasan je minat saya tu tapi mungkin mereka tak sure saya serius ke tak, sebab saya ni jenis yg suka main².
Esok tu, tiba² housemate saya kata ada orang nak jumpa. Rupa²nya ketua persatuan Islamic dekat kolej masa tu nak jumpa & dia nak tau cerita saya. So saya ceritalah macam yg saya cerita dekat housemate saya tu & tiba² esok tu pula housemate saya kata, ada orang lain pula nak jumpa.
Saya jadi macam cuak kot masa tu sebab i was just telling my housemate tu saja² je. Tapi tengok mereka ni pula serius semacam so saya pun jumpa je la.
Ada 3 orang senior. Yes, 3 orang senior nak jumpa. So saya pun paksalah housemate saya teman & kami pun pergilah ada satu kelas kosong ni. 3 orang senior; 2 perempuan seorang lelaki.
Masuk² je & dah duduk² mereka suruhlah saya cerita pasal minat saya tu. Mereka depan saya, saya duduk seorang² dekat tengah² menghadap mereka. Macam rasa nak pergi interview je. Huhu. Lepas habis tu, abang tu tanya saya direct.
❝Awak ni betul ke nak masuk Islam?❞
Terus tak tau kenapa rasa nak defend diri sendiri & terus cakap, dgn garangnya,
❝Betullah. Kalau saya main² tiada saya nak jumpa abang & akak² ni.❞
So abang tu pun maybe perasan saya macam terasa dgn soalan dia & dia pun explain kenapa dia tanya macam tu. Dia kata, sebab kadang² orang minat sekadar nak tau je. Macam nak tambah ilmu je la. Lepas tu, saya sambung. Saya cakap, kalau nak masuk Islam pun, saya akan tunggu lepas dah kerjalah kot & explain kenapa saya decide macam tu.
Dah bersurai tu, saya balik apartment & terus rasa burnt out. Rasa macam penat je, terus baring atas katil housemate saya & tertidur. Tapi lepas tu saya terbangun sebab masa tu hujan & bunyi petir kuat sangat. Terus terlintas dlm fikiran saya, people die everyday & even sekecil² baby tu pun boleh meninggal dlm sekelip mata je.
Masa tu saya terfikir juga, what if saya tak sempat habis belajar pun & tiba² meninggal. The thought of yg saya akan mati dlm keadaan tak sempat masuk Islam buat saya takut & lepas tu saya mula rasa tak senang duduk.
Malam tu, one of the seniors datang apartment saya sebab dia saja² nak tanya khabar saya. Saya ingat lagi, masa tu saya dgn housemates saya duduk bersila macam dlm satu bulatan. Akak tu pun duduk bersila dgn kami & mula² tu borak² je la. Akak tu revert & dia dah setahun masuk Islam masa tu.
So saya ambil kesempatan tu tanya dia macam². Saya tanyalah kalau lepas masuk Islam saya kena terus solat ke & dia kata, boleh belajar slow² lepas dah masuk Islam sebab Allah faham je. Banyak saya tanya tapi setiap kali, dia akan jawab, “Allah tau” or “Allah faham”. Jawapan dia sangat comforting & of course betullah, kalau ikut logik, takkan Allah nak terus hukum saya kalau saya tak pandai solat right after dah masuk Islam kan?
Lama² tu lepas dah tanya banyak², tiba² saya diam & tunduk. Mereka pun diam bila tengok saya diam. Sebenarnya, saya diam sebab saya rasa macam blank semacam. Tetiba saya rasa, soalan² yg saya ajukan tu semuanya seolah² macam saya nak cari alasan utk mengelak masuk Islam. Dan tiba² juga saya rasa takut, rasa macam Allah akan mendatangkan balasan dekat saya sebab saya dah tau Islam tu benar, tapi saya tak nak lagi terima Islam sebagai cara hidup saya.
Dlm hati saya dah nekad, masa tu saya fikir, “Apa nak jadi, jadilah. I don’t care.” Apa yg saya pernah takutkan the idea of kena buang family, tiba² terasa macam seolah² benda tu benda kecil. Macam tak ada apa yg perlu saya takutkan sebenarnya.
Dan lepas dah lama mendiamkan diri, perlahan² saya angkat kepala & pandang tepat dekat akak tu & tanya,
❝Akak, macam mana nak mengucap kalimah syahadah?❞
Mula² mereka terkejut sebab it was like so sudden. Lepas tu dgn bantuan mereka, lidah saya lancar melafazkan kalimah tauhid itu buat pertama kalinya. Lepas tu kami berpelukan sambil menangis krn terharu.
Terharu saya krn akhirnya pada usia 18 tahun, saya merasakan seolah² saya telah diselamatkan drpd kelemasan & mereka menjadi saksi kelahiran seorang Muslim yg baru.
Malam itu malam 14 November 2008. Malam yg tidak mungkin saya dapat lupakan krn malam itu, saya kembali pada Tuhan saya, Tuhan yg sebenar²nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan