Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts
Memaparkan catatan dengan label Info Akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Akidah. Papar semua catatan

Isnin, 5 Disember 2011

:: Aksi Biadap Pemimpin Melayu ::

Assalamualaikum w.b.t 

Pertama sekali ana nak tegaskan yang ana bukan obses terhadap politik..sama sekali tidak..! Cuma ana nak anda semua tengok @ saksikan video ini.. bagi ana PAS ke UMNO xde ukuran.. selagimana mereka boleh mengikut garis Islam yang betul..maka itu dimanakan yang benar.

Secara jujur ana cakap..memang ana sakit hati dengan ucapan pemimpin ni.. kalau nak ikutkan garis Islam sebenar.. kita sama sekali dilarang membangkit2 apa yang telah kita lakukan.. contoh, mngunkit tentang kebaikan.. 
Ana rasa dalam bebrapa tahun lagi.. Malaysia xkan jadi negara aman.. tahu x.. sebenarnya kita sekarang sedang diperhatikan oleh musuh2 Islam?? kalau dikaji sejarah2 kejatuhan sesuatu kaum.. apa faktornya? perpecahan dalam kaum itu sendiri kan? maka disitulah titik mula bangsa luar dengan senang datang memerintah.. kita leka dengan perbalahan.. asyik mengjar pangkat dan harta.. Kamu semua xtakut ke? dunia sekarang diambang kemusnahan.. kalau dulu ana didedahkan dengan pelbagai berita.. kiamat sudah hampir la..itu la..ini la.. tapi sekarang, sejak ana masuk dalam dunia blogger.. mencari pengisian untuk blog ni.. ana tahu.. memang betul dunia sudah makin hampir pada penghujung... cuma perhatikan point di bawah;

1. Al quran kata bila hampir kepada kiamat_akan ada manusia2 yang hina @ kutuk ulama' secara terang2an..(contoh? diatas...)
2. Al Quran kata xkan kiamat dunia ni sehinggalah keringnya air di sungai Euphrates..(contoh? baca entri ana sebelum ni..lihat lah keadaan sungai itu sekarang)
3.  Al quran kata bila hampir kepada kiamat_akan banyak tersiarnya gambar2 lucah di lama2 sosial dan juga mejalah..seakan2 tidak lagi menjadi isu(contoh? dekat FB berlambak..)
4.  Al quran kata bila hampir kepada kiamat, lelaki akan menyukai lelaki..perempuan menyukai perempuan (Contoh?isu Gay dan Lesbian kalau xkuar paper tiap2 hari xsah..)
5.  Al quran kata bila hampir kepada kiamat, anak2 semakin menderhakan pada ibu bapa (Contoh? Dalam majalah,akhbar media massa.. penuh isu tentang anak derhaka.. anak kelar bapak.. anak bunuh mak)
6.  Al quran kata bila hampir kepada kiamat, banyak benda2 ganjil mula diperlihatkan pada manusia (Contoh? cuba klik laman sosial Facebook Misteri dan Keajaiban Alam.. kat situ pun ada)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Jikalau setiap dari kalian dibuka hijab masing2..nescaya tidak ada seorang pun diantara kalian yang mahu bergelak ketawa patah lagi tersenyum "

Dan banyak lagi....

Ini yang sempat dianalisis oleh pendengaran dan mata kasar ana je.. lain2 banyak lagi.. Ana mohon pada sahabat sekalian.. mari kita muasabah diri.. mohonj ditetapkan iman masing2.. dan terpelihara dari fitnah dunia ini.. ana tahu ana pun bukan baik sangat.. tapi xsalah kalau kita berniat untuk perbetulkan diri.. semoga kita,keluarga dan sahabat sekalian terselamat dari fitnah zaman ini.. amin.

Sabtu, 8 Oktober 2011

:: Solat Selepas Haid ::

kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! 

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan 
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti  dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 
HURAIAN MASALAH : 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com