Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

:: Bahaya Teh Ais ::


fuhhhh....sedapnya laaaaaaa

Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang. 

“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.

Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.


Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.


Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging.

Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.

Sabtu, 24 Disember 2011

:: Khasiat Jagung ::


Jagung adalah tumbuhan yang hidup di setiap benua kecuali benua Antartika.
Jagung atau nama saintifiknya ‘Zea mays’ berasal dari keluarga rumput Gramineae. Jagung merupakan sejenis bijirin yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Jagung muda kaya dengan protein, beta-kerotina, vitamin A, B1, B6, C dan K, kalsium, fosforus, zat besi, serat tinggi dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.


Lagi fakta tentang Jagung :
Fosil biji jagung telah ditemui di Mexico City dan dipercayai tumbuh sejak 80 ribu tahun lalu.
Jagung mula ditanam oleh kaum Mayan, Aztec dan Indian inca sejak 5,600 tahun dulu.
Orang Indian Inca mengunyah daun jagung muda seperti mana mengunyah gula-gula getah kerana rasanya yang manis.
Jagung juga telah dijadikan bahan membuat arak sejak dahulu kala.
Jagung mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi banyak serat dan baik untuk sesiapa yang berdiet. Ia mengandungi Vitamin A,C, magnesium, potassium dan folsin.
Jagung yang ditumbuk boleh dijadikan ‘mask’ untuk muka. Ia boleh menutup liang-liang roma dan menegangkan kulit muka.
Jagung yang dijadikan makanan ringan untuk sarapan pagi (cereal) mula diperkenalkan pada tahun 1860-an oleh sebuah syarikat yang diberi nama American Seventh-day Adventists. Ia diperkenalkan khusus para ‘vagetarian’.
Tongkol jagung berguna untuk mengubati pendarahan pada luka.
Bulu jagung yang berwarna kuning keemasan boleh dituam pada luka dan mengelakkan daripada bernanah. Selain itu juga berguna untuk paru-paru yang lemah dan dapat mengurangkan tekanan.
Dengan memakan jagung, ia dapat membantu dalam memperkuatkan tulang ,gigi,dan rambut
Tanaman jagung boleh diolah menjadi ethanol yang digunakan untuk bahan bakar.

:: Gajus Dalam Perubatan ::

Biasa ke makan buah gajus? Tak biasa? rugilah kerana buah nie memang banyak khasiatnya.Mari kita siasat tentang pokok dan buahnya.



Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter.
Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang.
Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia.
Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional.
Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata.
Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria.
Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.

Jumaat, 4 November 2011

:: KHASIAT 19 JENIS BUAH DALAM JUS MONAVIE ::

Assalamualaikum kpd sahabat2 semua..


Petang tadi balik dari Kota Bharu, singgah ambik baju kurung dekat kedai jahit, ternampak poster besar dipasang pada pintu kedai, tertarik nak baca.. Jus Monavie. Minuman acai berry berkhasiat. Hmm? apa tu? nak tahu baca kat bawah...

Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit.


Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit. Ibu pejabat serta kilang pemprosesan di Utah Amerika Syarikat, Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan kebersihan, ketulenan serta kepakaran teknologi. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat dan Eropah. Rebutlah peluang untuk menjadi pengedar terawal di Asia khususnya di Malaysia.




Khasiat Jus Monavie?

Jus Monavie sangat sesuai untuk pelbagai penyakit. Terbukti berkesan untuk penyakit2 berikut:

Kencing Manis/Darah Tinggi/Kolestrol Tinggi/Gout/Sakit Jantung/Kanser/Gastrik/Sakit Belakang/Masalah Urat Saraf/Sakit Sendi/Penyakit Kulit/Letih Lesu/Strok/Lumpuh/Resdung/Asthma/Buasir/Buah Pinggang/Jangkitan Faraj/Sembelit/Otot Kejang/Awet Muda



KHASIAT JUS MONA.VIE

1. Acai Berry

- Anti Penuaan
- Pencegahan Diabetes
- Pencegahan Kanser
- Merendahkan Kolesterol
- Peningkatan Fungsi Seksual
- Menggalakkan Pencernaan
- Pencegahan Sakit Jantung & Strok
- Peningkatan Sistem Keimunan
- Pencegahan Arteriosklerosis
(Dinding Arteri Menjadi Keras)

2. Delima
- Menentang Bakteria & Jangkitan Kulat
- Pencegahan Serangan Sakit Jantung
- Kurang Daya Tenaga
- Membentuk Kolagen

3. Bilberry
- Glaukoma ( Penyakit Mata Yang
Beransur-Ansur Buta)
- Pencegahan / Rawatan Artritis Reumatik
- Penglihatan Yang Sihat
- Pembentukan Kolagen
- Buasir

4. Passion
- Asma
- Diuretik Ringan
- Infeksi Saluran Air Kencing
- Mempergiatkan Kesihatan Jantung



5.Wolfberry
- Insomnia ( Sukar Untuk Tidur)
- Masalah Penglihatan
- Sengal- Sengal Tulang
- Kencing Manis
- Penyakit Kulit



6. Blueberry

- Perlindungan Sistem Jantung
- Pencegah Kencing Manis
- Pengurangan Kolesterol Buruk






7. Kiwi
- Perlindungan DNA Dari Radikal Bebas
- Pencegahan Kanser Kolon / Kanser Kulit
- Pengawalan Kolesterol
- Kencing Manis




8. Cranberry
- Antibiotik Semulajadi ( E Coli, H Pylori)
- Kesihatan Saluran Air Kencing
- Prostatitis ( Radang Pada Prostat)
- Anoreksia ( Wanita Mudah Hilang Nafsu
Makan Kerana Takut Gemuk)



9. Appricot
- Ketidakseimbang Tekanan Darah
- Penyakit Prostate
- Katarak
- Strok


10. Prune
- Kencing Manis
- Pengurangan Kolesterol
- Merangsangkan Kepadatan Tulang
- Pencegahan Kehilangan Daya Ingatan
& Penyakit Alzheimer

11. Pear Nashi
- Sumber Diet Fiber
- Vitamin B Kompleks
- Penting Untuk Aktiviti Metabolisme


12. Aronia
- Mengelakkan Kanser
- Pencegahan Kencing Manis
- Mengawal Penyakit Jantung


13. Camu-Camu Berry
- Kemunduran Macular
- Masalah Gusi
- Selsema







14. Acerola Cherry
- Hati, Perangsang Sistem Buah Pinggang
- Bantuan Berkhasiat Untuk Anemia



15. Pisang

-Tidur Lebih Lena
- Penghasilan Kolagen
- Melegakan Cirit- Birit
- Sembelit



16. Pear
- Pembersihan Kolon
- Merendahkan Tahap Kolesterol
- Mengawal Tahap Gula Dalam Darah



17. Laici
- Mengurangkan Risiko Kanser



18. Anggur Putih
- Kesihatan Otak, Kulit, Mata
- Gastrik
- Anti-Bakteria & Virus
- Anti-Pengoksidaan
19. Anggur Ungu
- Anti-Penuaan
- Anti-Infamasi (Radang)
- Kesihatan Sistem Jantung
- Pencegahan Kanser Prostat

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan buah ini serta bagaimana buah ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan sila layari
http://www.internetbiz2u.com

Testimoni ;


Testimoni ini berdasarkan pengguna yang mengamalkan MonaVie sebagai makanan kesihatan mereka setiap hari...


1.DIABETES – Saya berumur 50 tahun, telah mengalami masalah Diabetes selama 26 tahun. Saya mengambil jus Monavie satu cup (30ml), 3 kali sehari. Ajaibnya, selepas pembedahan kali ini, saya merasa sakit dan pendarahan berlaku. Jadi saya bertanya kepada doktor dan pakar bedah apa yang berlaku. Saya cakap saya rasa sakit dan berdarah. Saya tanya jika ada komplikasi yang berlaku. Tetapi doktor beritahu, saya yang ianya adalah bonus untuk saya, suatu keajaiban. Sistem saraf saya telah kembali pulih.

MAKCIK DARI SINGAPURA.

2.MASALAH SENDI - Saya berumur 49 tahun, mengalami masalah sakit-sakit sendi. Satu hari suami saya memperkenalkan jus Monavie kepada saya. Setelah mengambilnya sebanyak setengah botol, sakit-sakit sendi saya mula hilang. Sebelum ni, saya ada bersenam juga untuk mengatasi masalah ini, tetapi langsung tidak berkesan. Sekarang ini setelah beberapa lama mengambil jus Monavie, sakit-sakit sendi saya telah hilang sama sekali.

PUAN SUHAINI, SINGAPURA.

3. MASALAH HAID – Semasa saya berumur 21 tahun, saya mengalami masalah haid yang tidak teratur dan migrain dalam masa yang sama. Saya telah berjumpa dengan ramai doktor. Pada tahun 2007, saya menjalani pembedahan bypass untuk masalah cyst. Disebabkan masalah senggugut tadi saya sukar berjalan, saya boleh pengsan bila-bila masa, walaupun dalam keadaan ramai orang, nak berdiri pun tak boleh. Pada tahun lepas pula saya diberitahu oleh doktor bahawa sel darah putih saya melebihi sel darah merah. Kalau saya tidak mengambil langkah berjaga-jaga saya akan mengidap leukimia. Saya berjumpa dengan kakak saya, Nora dan dia mencadangkan supaya saya mencuba jus Monavie sebotol dan lihat bagaimana kesannya. Selepas satu minggu, syukur Alhamdulillah, saya sudah boleh berjalan walaupun dalam panas matahari. Saya juga sudah boleh berlari. Haid saya juga sudah teratur, masalah migrain dan demam-demam saya juga sudah hilang.

PUAN LINA,SINGAPURA.

4. BISA KAKI – Saya berumur 60 tahun. Saya diperkenalkan kepada jus Monavie oleh kawan saya yang juga Upline saya. Pada mulanya kaki saya berasa sakit dan bisa-bisa. Bila saya bangun tidur saya tak boleh jalan. Selepas satu minggu saya minum jus Monavie ni sakit kaki saya hilang dan bila bangun tidur nak berjalan pun dah tak payah pegang dinding atau katil. Nak naik tangga pun takda masalah. Sekarang saya dah boleh berjalan dengan baik.

PUAN MAIMUN BT HAIDAR

5. MASALAH TULANG BELAKANG – Mengalami masalah kecederaan di hujung tulang belakang setelah tergelincir di bilik mandi. Selama 3 minggu terpaksa menanggung sakit dan tidak tidur lena. Terpaksa makan pain killer selama 4 minggu kerana kesakitan berlanjutan di bahagian pinggang dan tulang rusuk belakang. Kesan kesakitan hilang selepas minum jus Monavie selama 4 hari.

PUAN ESMAWATY MOHD YATIM, Kuala Lumpur.

6. MASALAH ARTHRITIS – Seorang suri rumahtangga yang mengidap sakit sendi (arthritis) selama 13 tahun. Beliau berasa kesakitan telah kurang dengan ketaranya selepas minum jus Monavie selama 1 minggu, dan badan berasa lebih bertenaga dan sihat.

PUAN LOH KIM MUI, Kuala Lumpur.

7. MASALAH SEMBELIT DAN BUASIR – Pesakit buasir dan sembelit selama 2 tahun. Selalu terpaksa makan 1 kotak ubat doktor dari klinik jika masalah buasir terjadi. Selepas menjadi pengguna jus Monavie tetap selama 4 bulan, masalah buasir atau sembelit tidak pernah berlaku lagi.

EN Y S GAN, Pulau Pinang.


8. MASALAH SAKIT BELAKANG - Beliau mengalami sakit belakang yang agak teruk sejak 5 bulan yang lepas. Kadang-kadang kesakitan belakangnya menyebabkannya terpaksa mengambil cuti kerja. Setelah minum jus MonaVie hampir 2 minggu, dia mula merasakan perubahan pada sakit belakangnya. Masuk bulan ke lima, sakit belakangnya boleh dikatakan hampir hilang.

EN SYED FAKRULRAZI AHMAD, Kedah.

9. MASALAH GASTRIK - Beliau pengidap sakit gastrik yang serius. Setiap kali gastrik datang, seluruh badannya menjadi lemah serta perutnya seakan mahu pecah. Setelah mengamalkan MonaVie lebih kurang sebulan, masalah gastriknya boleh dikatakan hampir tiada.

PUAN SURIYAH MAHMUD, Kedah.

10. MASALAH MIGRAIN DAN RESDUNG - Beliau adalah pengidap migrain dan resdung sejak 4 tahun yang lepas. Bermacam ubat serta rawatan tradisional beliau telah cuba tapi penyakitnya tetap tidak berubah. Setelah minum MonaVie selama hampir satu bulan, migraine dan resdungnya telah hilang.

EN AMRI YAHAYA, Kuala Lumpur.

11. MASALAH ASMA DAN LELAH - Pengidap asma dan lelah. Setiap kali deman, asma dan sakit lelahnya akan menjadi-jadi. Setiap kali itu juga dia terpaksa menggunakan nebulizer untuk mengurangkan tekanan. Walaupun bermacam ubat telah dicuba, asma dan lelah masih sama. Setelah minum MonaVie hampir 2 minggu, penyakit asma dan lelah semakin berkurangan.

ADIK ZAKWAN AHMAD, 14 TAHUN.



P/s : Sejauh mana keberkesanan Jus Monavie ni ana belum tahu lagi.. tapi kalau ada yang nak cuba silakan.. ana pun baru nak cuba.. tadi dah beli sebotol.. RM145, tapi ada yang lagi murah RM85 sebotol.. botol nya besar.. sehari cuma minum satu penutup. sebelah pagi.. dan perbanyakkan minum air mineral untum memudahkan ianya bertindak balas membuang kotoran2 yang terdapat dalam tubuh. 

Rabu, 2 November 2011

:: Gastrik?? Jom Rawat ::

Assalamualaikum dan selamat petang buat pengunjung blog ini.. 


Hari ini ana nak kongsikan info serta rawatan bagi pesakit2 gastrik seperti ana. Info ini ana copy paste dari laman sesawang http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/tanda-dan-rawatan-gastrik.html diharapkan ia berguna bagi mereka yang benar2 ingin mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

Bagaimana ana boleh terfikir untuk menerbitkan artikel ini? sebenarnya apa saja yang ana uploadkan di blog ini adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian ana sendiri.. ana juga penghidap gastrik sederhana teruk. Jadi seperti orang lain ana juga berkeinginan untuk sembuh.. jadi segala apa yang ana tahu insy"Allah ana akan kongsikan bersama anda semua. Sebernanya ada 1 laman sesawang ni yang memberikan beberapa tips yang mudah untuk diamalkan oleh penghidap gastrik. Dan ana sendiri telah mencubanya.. Alhamdulillah sangat2 berkesan,tapi malangnya ana lupa alamat laman sesawang itu, jadi sebagai ganti ana uploadkan yang ini.. selamat mencuba.


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrikberbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing





*p/s: jika tips yang diberikan diatas tidak memberikan respon atau menunjukkkan keberkesanan, diharap anda semua tidak menyalahkan penulis.. kerana kuasa penyembuh tidak terletak ditangan penulis... article ini adalah sebagai salah satu ikhtiar sahaja.. lain2nya semua urusan Allah s.w.t.... Sekian.

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com