Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Kisah Benar Dari Mekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Kisah Benar Dari Mekah. Papar semua catatan

Isnin, 12 Disember 2011

:: Lelaki Telanjang Mengelilingi Kaabah ::

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat blogger sekalian..

Terlebih dahulu ana minta maaf la sebab 2 hari xposting something.. mungkin ada yang tertunggu2.. terutama buat "blog walkers" sekalian.. bukan apa.. wifi kolej tiba2 weng masuk hujung minggu..ish3...
Oh ye.. jum baca kisah pendek ni..bagi ana cerita ni amat2 mnyentuh perasaan.. conform nangis bagi sesiapa yang faham..

Petang itu seorang sahabat kepada ustaz(ana lupa namanya).. sedang asyik mendengar radio.. radio 'Pak Arab'.. biasalah musim2 haji memang famous la radio diorang.. nak pulak ada sesi soal jawab tentang haji yang dikendalikan oleh seorang ulama besar Mekah pada petang itu.. memang menjadi tumpuan la kan.. si sahabat ustaz ni pula hanya menjadi pendengar setia.. disamping menambah ilmu..

Tiba-tiba talian disambung.. suara seorang wanita sedang "on air" . Seterusnya berlakulah dailog antara ulama dan perempuan tersebut.

"assalamualaikum pak sheikh?" (versi arab) 
"Waalaikumussalam" kata ulama tersebut.. "
"Pak Sheikh, sebenarnya saya ada satu kemusykilan nak ditanyakan pada Pak Sheikh..tapi bukan soalan berkenaan haji..sebaliknya mimpi"
"teruskan.."kata ulama tersebut.
"Ada satu malam .. ketika saya terlena.. saya bermimpi.. ada seorang lelaki.. yang sedang tawaf.. tapi dibadan nya tidak terdapat seurat benang pun (telanjang).. apakah maksud mimpi saya itu?"
"Mengikut pada ilmu saya.. seseorang yang mengerjakan haji.. dan hajinya diterima yakni mabrur.. ibarat pulangnya / kembali seperti bayi yang baru dilahirkan..(suci dan tiada dosa). Jika kamu terserempak atau berjumpa dengan lelaki itu..maka khabarkan lah padanya tentang berita gembira ini.." kata ulama tersebut mengakhiri jawapannya.
Wanita itu terdiam seketika dan kemudian menyambung..
"Demi Allah dan Rasul.. lelaki yang saya lihat dalam mimpi itu adalah Pak Syeikh sendiri"
Selepas itu kedengaran Ulama tersebut menangis.. dan sesi soal jawab terpaksa dihentikan dan disambung pada keesokannya.. begitu juga sahabat ustaz yang mendengar tadi..juga turut menangis.. 

p/s: Cerita ni ana ambik dari buku himpunan cerita dari mekah.. apa pandangan anda? ana baca pun rasa nak menangis.. 

Sabtu, 8 Oktober 2011

:: Balasan Melewatan Solat ::


بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati seekor ular  yang berwarna hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahad (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular hitam  itu tidak melakukan apa-apa apabila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah.. Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular hitam itu sedang membelit jenazah wanita tersebut serta mematah-matahkan tulang jenazah terbabit … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat-lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis.InsyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana pula seksaan di akhirat kelak??? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com