Followers

Flash Vortex

shoutbox

Ahlan Wasahlan


Click here for Myspace Layouts
Memaparkan catatan dengan label Misteri dan Keajaiban Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri dan Keajaiban Alam. Papar semua catatan

Khamis, 21 Jun 2012

:: Ayat Al Quran Terbit di Tubuh Bayi ::

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia. Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu. Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.




Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia. "Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube. "Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Read more: http://klik-aje.blogspot.com/2011/07/ayat-al-quran-pada-kulit-bayi.html#ixzz1yR9Sm0Lp

Isnin, 30 Januari 2012

:: Misteri Bukit Graviti Di Serata Dunia ::

Satu lagi fenomena aneh alam yang menjadi tamparan hebat bagi hukum Graviti Newton. Diwilayah Santa Cruz, California terdapat suatu fenomena alam yang sangat menakjubkan, dimana terdapat banyak kejadian pelik yang mungkin membuat kita kebingungan apabila mengunjungi tempat tersebut.

kenapa?? ditempat yang merupakan hamparan hutan subur itu hukum gravitii seakan-akan sudah tidak ada erti sama sekali kerana semua pepohonan berdiri condong, bahkan boleh dikatakan hampir tumbang. Jika manusia berada disekitar "titik misteri" sekalipun, seluruh badannya tanpa dikehendaki juga terikut-ikut condong, walaupun berusaha untuk berdiri dengan tegak.



Anehnya, walaupun dalam keadaan posisi yang condong dalam sekala yang besar,seluruh benda yang ada tidak akan terjatuh atau kehilangan keseimbangannya. Jika berjalan, langkah kita tetap stabil dan berjalan tanpa kesulitan walaupun dalam posisi condong. Bila berkunjung ketempat ini, kita boleh melihat keanehan-kenehan seperti rumah yang hampir roboh (padahal sebenarnya masih kukuh), penyapu yang boleh berdiri sendiri dalam keadaan yang condong, manusia yang dapat berdiri ditembok, dan keanehan-keanehan yang lain.

Peliknya lagi ialah apabila, haiwan-haiwan hutan tidak ada yang mahu merangkak dan mencari makan disekitar "titik misteri ini", meraka mungkin ketakutan ataupun apa??

Titik Misteri atau "Mystery Spot" boleh membuktikan akan kelemahan teori Gravitasi, Sir Issac Newton dengan hukum gravitasinya menyatakan bahawa semua benda akan ditarik kearah semua benda lainnya oleh kekuatan graviti.

Kekuatan ini bergantung pada seberapa banyaknya zat yang tergantung dalam benda dan pada jarak diantaranya. Hukum itu menerangkan mengapa orbit planet dan bulan berbentuk elips. Hukum itu menerangkan juga gerakkan semua benda dalam alam semesta yang maha luas. Dengan adanya fenomena ini, hukum graviti Newton yang bertahan kurang lebih selama 4 abad mungkin sudah saatnya untuk direvolusi. Namun pada saat ini, para ilmuwan belum dapat menjelaskan bagaimana fenomena ini boleh terjadi. mungkin masih menunggu beberapa waktu lagi untuk memecahkan misteri ini, atau mungkin anda yang belajar fizik mempunyai sebuah teori atau persoalan untuk memberikan penjelasan bagaimana fenomena ini boleh berlaku??

Sebenarnya, fenomena-fenomena seperti ini tidak hanya terjadi diwilayah Santa Cruz, California sahaja. tetapi ditempat lain yang boleh ditemui. Memang kebanyakannya di USA, tapi di wilayah Eropah juga dapat ditemui tempat ini contohnya disekitar Warsawa,Polandia. Hal serupa juga terdapat disebuah wilayah di China, namun merupakan tanjakan jalan raya.



Malaysia

BukIt aJaib ...kEnInGaU-KiMaNiS 


Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya hanya 53 km sahaja dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Simpang Kimanis. Jalan raya ini dahulunya adalah untuk mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.

Kini setelah dinaik taraf jalan raya Keningau - Kimanis merupakan jalan utama dari Daerah Keningau ke Bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari Pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari. 
Percaya atau tidak terdapat satu bukit di km 11 dinamakan Bukit Ajaib oleh sesetengah pengguna jalan raya kerana keunikannya. 

Bukit ini kalau di pandang dengan mata kasar ia menurun tetapi apabila kereta kita letakkan dalam posisi gear free kereta itu sepatutnya meluncur menuruni bukit tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah kereta tersebut di tarik sesuatu dan kereta itu mengundur menaiki bukit. Secara logik jika benda bulat di letakkan disitu benda tu akan bergolek ke bawah tetapi sebaliknya berlaku..Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di jalan Keningau - Kimanis

Jalan ini lah dikata Bukit Ajaib ...kalau di pandang secara kasar ia menuruni bukit

Sah pada pandangan mata kasar bukit ni menurun



Jarak dari Simpang Kimanis ke Daerah Keningau hanya 53 km....so kalau nak cuba datanglah dan rasailah sendiri keunikan bukit ajaib ni...


Sabtu, 7 Januari 2012

:: Lelong Tuna RM2.3 Juta ::

* KIYOSHI KIMURA (kanan) bergambar di sebelah ikan tuna gergasi di pasar ikan Tsukiji, Tokyo semalam.
TOKYO - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini

Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.


* Kiyoshi Kimura (kiri) memotong ikan tuna biru gergasi yang dibelinya pada harga lebih 56 juta yen di Tokyo, semalam. - AFP


"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura.
Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun.
Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia.

Isnin, 26 Disember 2011

:: Durian Berbuah Dipangkal Pokok ::


Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis. Nama saintifik - Durio zibethinus Murrdari keluarga Bombaceae.

Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.

Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia. 


Pada kebiasaannya pokok durian berbuah pada dahan pokok dan di hujung rantingnya. Akan tetapi pemilik dusun durian ini mempunyai pokok durian yang sungguh pelik kerana mengeluarkan buah pada batang utama pokok dan juga di bahagian pangkal pokok.

Secara tidak langsung, kejadian pelik ini memberi kemudahan kepada petani ini untuk memungut hasil buah durian. Apa tidaknya, buah tersebut mudah dilihat dan berada di pangkal pokok.



Bagi memastikan buah durian tidak rosak dan makan oleh haiwan di dusunya, beliau memagari di sekitar pangkal pokok dengan jaring dawai. Apabila masak buah tersebut akan gugur dari tangkainya dan buah durian sentiasa berada di dalam kawasan yang dipagari itu.


Sabtu, 24 Disember 2011

:: Pulau Terjauh Didunia ::


Tristan da Cunha merupakan sebuah pulau yang terbentuk daripada letusan gunung berapi yang mula dijumpai oleh peneroka Portugis bernama Tristan da Cunha sekitar tahun 1506. Pulau ini terletak di tengah-tengah Lautan Atlantik dan pesisir pantai yang paling dekat ialah sejauh 2816 kilometer iaitu di Afrika Selatan!
Pulau ni tak besar mana pun, kire-kire 98 kilometer persegi. Pada tahun 1961, seluruh penduduk diarah meninggal pulau ini kerana Puncak Queen Mary akan meletus. Sehingga tahun 1963 barulah berlaku penempatan semula di sini.
Tak sangka ada penempatan di tempat yang jauh dari manusia. Macam seronok je tinggal kat pulau ni..






mediamalaya

:: Kenali Binatang Yang Sukar Mati/Dibunuh ::

=>>> dari Blog Open Minda

 Giant African Land Snail (Siput babi gergasi Afrika)

Hamek ko penuh tapak tangan beta tadahkan. muahaha. tapi tu tapak tangan orang lain bukan tangan aku. Saiz dia boleh mencapai 8 inci panjang. Siput babi ni biasa dijadikan binatang peliharaan (pet) oleh orang-orang Barat sebagai diorang rasa ini 'Amazing!' padahal kat Malaysia ia adalah tahap gaban punya menggelikan. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh siput babi ni, seperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil. Apasal diorang tak try tabur garam? Aku selalu tengok atok aku buat camtu bila dia bengang siput babi asyik rosakkan pokok dia tanam.


4. Water bears

Water bears adalah binatang air berkaki enam yang mikroskopik dan sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Makhluk ni boleh bertahan pada suhu ekstrim sehingga -273 darjah celcius dan boleh hidup lebih sedekad tanpa air. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan benda alah ni. Ia boleh berubah ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Binatang ini juga kebal terhadap nitrogen cair dan mineral (inorganic) acid.

3. Tree weta

Binatang yang sesungguhnya sangat menyeramkan. Dah la besar gedabak tu ha. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang menghalang air dan sel-sel dalam badannya daripada membeku. Maknanya walaupun Tree Weta dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati Tree Weta tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Dengan kata lain, binatang ni boleh kelihatan seperti telah mati tetapi kemudiannya hidup semula..macam zombi kampung pisang! Takut tak?


2. Lungfish

Dikenali juga sebagai Salamander fish. Tak taulah dalam bahasa melayu panggil apa. Ikan paru-paru kot. Lungfish adalah ikan air tawar yang boleh hidup tanpa air selama 6 bulan sebab dia kan ada paru-paru. nak heran apa takde air. kekeke. Ikan ni jugak antara binatang yang sangatlah panjang umurnya. Queensland lungfish yang disimpan di sebuah akuarium di Chicago sejak 1933 masih hidup hingga kini! Fuh. kalau macamtu mesti dah berjanggut putih sampai ke lutut (soalan: adakah ikan mempunyai lutut?)


1. Immortal jellyfish

Immortal adalah lagu nyanyian Evanscence. haha. ok ok. tu immortal lain. aku nak main-main pun tengok la sape yang baca blog kan. semua cerdik pandai belaka. Ya betu.l Immortal bermakna abadi dan tak mati. Walaupun mana ada benda yang abadi selain Allah yang Maha Esa lagi Maha Kekal, tapi obor-obor telah ditemui oleh saintis sebagai hampir tidak mungkin mati. Macam mana plak tu?

Jellyfish lahir dan membesar seperti biasa, namun hidupnya tiada pengakhiran sebab ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi obor-obor) dan hidupnya akan bermula semula dari awal! Yang lama tak mati-mati, yang baru pulak lahir, maka dunia sekarang sebenarnya sedang diserang secara senyap oleh makhluk bernama obor-obor. Gerun ok. Obor-obor boleh membunuh walaupun namanya sangat mesra disebut dan didengar namun jangan jadi gila nak pegi makan binatang ini. Tak tahulah kalau tumpahan minyak kat laut tu boleh membunuh spesis berbahaya ni. hmm.

Khamis, 10 November 2011

::Tempat terindah di dunia::


by Misteri & keajaiban alam on Thursday, November 10, 2011 at 1:48pm
1. Amazon (Amerika Selatan) Amazon Rainforest, juga dikenal sebagai Amazonia, hutan Amazon atau Amazon Basin, meliputi tujuh juta kilometer persegi (1,7 miliar hektar), meskipun hutan itu sendiri menempati sekitar 5,5 juta kilometer persegi (1,4 miliar hektar), terletak di sembilan negara. Amazon mewakili lebih dari setengah hutan hujan yang tersisa di planet ini dan terdiri dari saluran terbesar dan paling kaya spesies hutan hujan tropis di dunia. Sungai Amazon adalah sungai terbesar di dunia dengan volume, dengan total aliran sungai lebih besar dari sepuluh besar di seluruh dunia dikombinasikan.
2. Angel Falls (Venezuela) Angel Falls adalah air terjun tertinggi di dunia, dengan ketinggian 1.002 m, dan terletak di Taman Nasional Canaima Bolivar, di sepanjang perbatasan Venezuela dengan Brasil. Air tejun ini memiliki lebih dari 19 kali lebih tinggi dari Niagara Falls.
3. Bay of Fundy (Kanada) Teluk Fundy yang terkenal karena pasang surut tertinggi di planet (16,2 meter atau 53 kaki). Satu ratus miliar ton air laut mengalir masuk dan keluar dari Teluk Fundy dua kali sehari - air lebih dari aliran gabungan dari semua sungai segar di dunia air. pasang ekstrem Fundy's membuat ekosistem laut yang dinamis dan beragam. Teluk ini terkenal untuk formasi batuan pesisir, efek pasang surut yang ekstrim (vertikal, horisontal, jeram dan membosankan) dan pembangunan pesisir berkelanjutan. Ini juga merupakan tempat mencari makan penting internasional untuk burung migran, habitat hidup bagi paus Hak langka dan terancam punah, salah satu tanaman dunia yang paling signifikan dan hewan wilayah penemuan fosil. Teluk Fundy terletak antara provinsi-provinsi Kanada New Brunswick dan Nova Scotia di pantai timur Amerika Utara.
4. Laut mati (Israel, Yordania, Palestina) Laut Mati adalah danau garam antara Tepi Barat / Palestina / Israel dan Yordania barat ke timur. Pada 420 meter di bawah permukaan laut, pantainya adalah titik terendah di bumi yang ada di lahan kering. Dengan 30 salinitas persen, adalah 8,6 kali lebih asin dari laut.
5. Greet Barrier Reef (Australia, Papuanugini) Great Barrier Reef adalah sistem terumbu karang terbesar di planet ini, dengan sekitar 3.000 terumbu individu dan 900 pulau-pulau peregangan untuk 2.600 km lebih dari area dengan luas sekitar 344.400 km persegi. Ini adalah struktur tunggal terbesar yang dibuat oleh makhluk hidup dan dapat dilihat dari luar angkasa.
6. Iguazu falls (Argentina, Brazil) Iguazu Falls, di Iguazu River, adalah salah satu air terjun terbesar di dunia. Mereka memperpanjang lebih dari 2.700 m (hampir 2 mil) dalam bentuk setengah lingkaran. Dari 275 jatuh yang secara kolektif membentuk Iguassu Falls, "Devil's Throat" adalah yang tertinggi di 80 m tingginya. Iguazu Falls berada di perbatasan antara negara Brazil Paraná dan provinsi Misiones Argentina, dan dikelilingi oleh dua Taman Nasional (BR / ARG). Keduanya hutan subtropis yang tuan rumah untuk ratusan spesies langka dan terancam punah flora dan fauna.~Anggara~

Khamis, 3 November 2011

:: Rahsia Gerak Geri Solat ::



Erti Gerak Geri Dalam Solat :

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari

 Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu

adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

~LB~

# dipetik dari FB Dunia Macam-Macam.

Sabtu, 8 Oktober 2011

:: Khasiat Minyak Zaitun ::




Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah). 

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati. 

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)
Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-An’am: 99)


Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11) 


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." 

Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.

Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.

Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik bagi umat Islam. Teladan yang ditunjukkan oleh Baginda mencakupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam memelihara kesihatan serta merawat penyakit.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)


sumber :halaqah.net


Al-Quran

~Tenangkan Minda Seketika~


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com